Affiliations 

  • 1 International Islamic University, Kuantan Pahang
Medicine & Health, 2020;15(1):129-140.
MyJurnal

Abstract

Tabiat merokok adalah perilaku yang tidak sihat malah membahayakan bukan sahaja diri sendiri malahan masyarakat sekeliling. Walaupun terdapat banyak kempen anti-merokok telah diperkenalkan oleh kerajaan, namun keberkesanannya masih di tahap rendah. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk meneroka faktor utama kegagalan kempen anti-merokok di Malaysia, meneroka keberkesanan “Klinik Berhenti Merokok” dan menemui penyelesaian terbaik untuk memastikan kempen yang dijalankan berkesan pada masa akan datang. Ini adalah kajian rentas kualitatif di mana temuduga dijalankan di kalangan lima sukarela responden yang terdiri dari perokok dan bekas perokok di kawasan awam dan tiga klinik berhenti merokok yang terpilih. Data dianalisis dengan menggunakan analisis bertema. Kajian ini mendapati beberapa faktor penyumbang dari perspektif perokok dan pihak berkuasa perlu diberi keutamaan untuk penambahbaikan iaitu kurang kreativiti yang minimum dalam menguruskan promosi anti-merokok, kurang kreatitivi dah terhadap kesihatan, permintaan bahan pencetus semangat di tempat kerja, dan dalam pengurusan tekanan yang lemah. Hasil kajian mengesyorkan bahawa kempen bermula di sekolah rendah dan menengah, improvisasi tanda amaran penyakit, meluaskan kawasan promosi, memberi ganjaran semasa kempen dan perokok perlu mengambil inisiatif melibatkan diri dalam program ini. Kerajaan perlu menumpukan perhatian kepada program pencegahan merokok terlebih dahulu, daripada program intervensi berhenti merokok yang mungkin melibatkan kos kewangan yang tinggi.