Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
  • 2 Universiti Sains Islam Malaysia
Medicine & Health, 2020;15(1):106-118.
MyJurnal

Abstract

Hemoglobin S (HbS, α2β26GluVal) merupakan variasi hemoglobin yang terbentuk hasil daripada mutasi GAG GTG pada kodon 6 gen β-globin. Hemoglobinopati haemoglobin S (HbS) jarang ditemui di kalangan penduduk Malaysia tetapi selalunya dijumpai di kalangan pendatang asing dari Afrika. Walau bagaimanapun beberapa kes didapati dalam kaum India dan Melayu. Kajian ini meninjau keputusan makmal pesakit HbS dan penggunaan “multiplex ligation-dependent probe amplification” (MLPA) dan “flow-through hybridization” (FTH) dalam mengesan mutasi HbS. HbS dikenalpasti melalui kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) dan/atau elektroforesis kapilari serta elektroforesis hemoglobin. Analisis molekul dijalankan menggunakan kaedah MLPA, FTH dan penjujukan Sanger. Dua warga Afrika, tiga Melayu dan dua India berusia antara 2-31 tahun telah dikenalpasti. Lima pesakit adalah HbS homozigot, seorang kompaun heterozigot HbS/β-talasemia dan seorang lagi pembawa HbS. Tahap hemoglobin (Hb) kes HbS homozigot adalah antara 7.4-10.2 g/dL dengan aras HbS dan HbF diantara 58.3-94.7% dan 1.5-35.5%. Hb untuk kes kompaun heterozigot HbS/β-talasemia adalah 5.8 g/dL dan normal pada pembawa HbS. Aras HbS, HbF dan HbA2 untuk HbS/β-talasemia dan pembawa HbS adalah 67%, 27.2% dan 4.2%, dan 38.6%, 0.1% and 2.8% setiap satu. Kedua-dua kaedah MLPA dan FTH berjaya mengesan mutasi HbS dalam semua kes, manakala cuma FTH dapat menentukan zygositi mutasi HbS dan β-talasemia dalam satu ujian yang sama.