Superkonduktor suhu tinggi berasaskan sistem (Tl0.85Cr0.15)Sr2CaCu2O7-Agx (Tl1212) dengan komposisi x = 0.0, 0.01, 0.02, 0.03 dan 0.05 telah disediakan dengan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Rintangan elektrik terhadap suhu telah diukur dengan kaedah penduga empat titik. Suhu genting mula, Tc-mula bagi sistem Tl1212 tanpa penambahan nano Ag adalah 113 K. Penambahan nano Ag menurunkan suhu genting sampel. Corak pembelauan sinar-X menunjukkan bahawa semua sampel mempunyai fasa dominan 1212. Sampel x = 0.02 mempunyai peratusan fasa 1212 yang tertinggi iaitu 87%.