The crude oil of Malaysian castor bean Ricinus communis L. seed was extracted by Soxhlet method using hexane. The physicochemical characteristics of castor bean oil were evaluated. The results showed that Malaysian castor seeds contain a relatively high percentage of total lipids content; 43.3% (per dry weight), high iodine value (84.5 mg/g) and saponification value (182.96 mg/g). The seed oil moisture content, acid value and free fatty acid percentage (% FFA) were 0.2%, 4.88 mg/g and 3.4%, respectively. The unsaturated fatty acids (UFA) content were 97.5% of the total fatty acids composition. Ricinoleic acid comprises over 84% while other fatty acids present were linoleic (7.3%), oleic (5.5%), palmitic (1.3%), stearic (1.2%) and linolenic (0.5%), respectively. Five types of castor bean seed oil triacylglycerols were identified as triricinolein, RRR (84.1%), diricinoleoylstearoylglycerol, RRS (8.2%), diricinoleoyloleoyl-glycerol, RRO (5.6%), diricinoleoyllinoleoylglycerol, RRL (1.2%) and diricinoleoylpalmitoyl-glycerol, RRP (0.9%) respectively.
Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan suhu (50, 70 dan 90°C) dan masa didihan (15, 30 dan 90 minit) semasa pengekstrakan pegaga serta membandingkan kesan pengekstrakan dengan kaedah haba dan tanpa haba. Parameter yang diukur adalah kandungan polifenol jumlah, aktiviti antipengoksida dan pH. Hasil menunjukkan bahawa dengan peningkatan suhu dan masa pendidihan, kandungan jumlah polifenol dan aktiviti antipengoksida meningkat secara ketara melainkan pada suhu pengekstrakan 90°C untuk aktiviti antipengoksida. Kandungan jumlah polifenol dan aktiviti antipengoksida dalam sampel pegaga yang terhasil tanpa haba adalah lebih rendah berbanding sampel yang terhasil dengan melibatkan haba. pH ekstrak pegaga meningkat dengan peningkatan suhu pengekstrakan. Sebaliknya, pH ekstrak pegaga semakin menurun dengan peningkatan masa pengekstrakan.
Anggaran kuantiti dan pencirian fizikokimia sisa buangan makanan adalah pra-keperluan untuk mengoptimumkan proses pengkomposan. Satu tinjauan untuk menganggar jumlah sisa buangan makanan yang dijana oleh sektor komersial (n=10) dan isi rumah (n=50) di Bandar Baru Bangi telah dilakukan. Kehadiran komponen sisa nasi, sisa berasaskan daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dan sisa buangan makanan basah yang lain juga diperiksa. Ciri fizikokimia sisa buangan makanan juga dianalisis. Jumlah sisa buangan makanan yang dijana di Bandar Baru Bangi dianggarkan sebanyak 11.41 MT sehari. Sektor isi rumah menyumbang 67.3% manakala sektor komersial menyumbang 32.7% daripada jumlah sisa buangan makanan yang dihasilkan. Kekerapan sisa buangan makanan berkeadaan basah adalah lebih tinggi (p<0.05) di sektor komersial berbanding sektor isi rumah. Sisa nasi merupakan komponen sisa buangan makanan yang paling kerap dijana oleh sektor isi rumah dan sektor komersial. Penilaian ciri fizikokimia menunjukkan nilai pH, kandungan abu, bahan organik, karbon organik, nitrogen dan lemak serta nisbah C/N adalah berbeza (p<0.05) antara sisa buangan makanan yang dijana pada hari yang berlainan. Sisa buangan makanan bersifat asid (pH 4.82-5.17) mempunyai kandungan air (65.9-69.5%) dan lemak yang tinggi (13.1-20.2%) tetapi kandungan nitrogen yang rendah (0.63-0.85%). Walau bagaimanapun, nisbah C/N masih berada dalam julat (20-25) yang sesuai untuk pengkomposan yang berkesan. Oleh yang demikian, dengan memperkenalkan proses pengkomposan, sisa buangan makanan berkenaan berpotensi digunakan sebagai kompos.
Penggunaan tanah boleh mengakibatkan perubahan fungsi dari masa ke masa, sesuai dengan tujuan pembangunan. Kawasan Bandar Pekanbaru terdiri daripada 12 sub-kawasan persekutuan dengan jumlah keluasan kira-kira 632.26 km2. Tujuan kajian adalah untuk menganalisis perubahan guna tanah daripada aspek ruang dan masa. Data guna tanah yang diambil kira dalam analisis ini adalah peta guna tanah 1992 dan 2004. Hasil analisis dengan menggunakan perisian ArcView GIS versi 3.2 mendapati bahawa telah berlaku penurunan guna tanah signifikan, iaitu jenis perkebunan dan hutan tahun 2004. Peningkatan jenis lain-lain, penggunaan tanah seperti permukiman dan tumbuhan/semak tahun 2004 telah berlaku. Perubahan ini merupakan pengaruh daripada pembangunan bandar. Sebaliknya, pembangunan bandar boleh memberi impak negatif terhadap sekitaran jika pola perubahan guna tanah dirancang tanpa pengurusan yang baik.
MeSH terms: Acrylates; Methylglycosides; Propylene Glycols; Geographic Information Systems
Improvements over embedded diagonally implicit Runge-Kutta pair of order four in five are presented. Method of higher stage order with a zero first row and the last row of the coefficient matrix is identical to the vector output is given. The stability aspect of it is also looked into and a standard test problems are solved using the method. Numerical results are tabulated and compared with the existing method.
Pembentukan lapisan sempadan halaju dan terma yang dirangsang oleh aliran bebas bersebelahan plat tegak dengan suhu permukaan malar dikaji. Persamaan-persamaan menakluk dalam bentuk persamaan pembezaan separa diturunkan kepada persamaan-persamaan pembezaan biasa dengan penjelmaan keserupaan, sebelum diselesaikan secara berangka. Kedua-dua aliran membantu dan aliran menentang dipertimbangkan. Didapati bahawa penyelesaian adalah unik bagi aliran membantu, manakala penyelesaian dual wujud bagi aliran menentang. Kadar pemindahan haba pada permukaan didapati meningkat dengan peningkatan kedua-dua daya keapungan dan nombor Prandtl.
Analisis ke atas ciri-ciri fiziko-kimia dan penilaian sensori untuk lima jenama tauhu telur komersial telah dijalankan. Kandungan lembapan, kandungan protein dan kandungan lemak untuk lima jenama tauhu telur adalah antara 85.2 – 87.0%, 5.9 – 8.7% dan 3.7 – 4.6% setiap satu. Nilai pH tauhu telur pula adalah antara 6.2 – 7.1. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti (P>0.05) yang dilihat untuk nilai sineresis (2.2-2.6%) bagi kesemua jenama tauhu telur. Setiap jenama mempamerkan kecerahan warna yang berbeza secara bererti (p<0.05) mengikut urutan: Jenama D < Jenama A < Jenama E < Jenama C < Jenama B. Tauhu telur jenama E mempunyai tekstur yang paling keras iaitu 31.35 N, manakala jenama D pula mempunyai tekstur yang paling lembut iaitu 5.38 N. Keputusan penilaian sensori secara nyata menunjukkan bahawa ahli panel menyukai atribut rupabentuk, warna, aroma, rasa, tekstur (kelembutan) dan penerimaan keseluruhan tauhu telur jenama A, D dan E berbanding jenama B dan C.
Hantaviruses are infectious agents that can cause diseases resulting in deaths in humans and are hosted by rodents without affecting the hosts themselves. A simple mathematical model describing the spread of the Hantavirus infection in rodents has been proposed and developed by Abramson and Kenkre where the model takes into account the temporal and spatial characteristics of this infection. In this paper, we extended this model to include the process of harvesting and study the impact of different harvesting strategies in the spread of the Hantavirus infection in rodents. Several numerical simulations were carried out and the results are discussed.
Metalotionin (MT ) merupakan protein pengikat logam berberat molekul rendah dan kaya dengan sistein yang hadir dalam pelbagai jenis organisma termasuklah bakteria, kulat, tumbuhan dan haiwan. MT tumbuhan dipercayai mengambil bahagian dalam metabolisme dan penyahtoksikan logam dengan cara pengkelatan ion-ion logam berat. Fungsinya yang unik ini telah mendorong minat untuk memencilkan gen MT daripada rumput sambau, Eleusine indica. DNA pelengkap (cDNA) eiMT 1 telah diklonkan ke dalam vektor binari pBI121 untuk ditransformasikan ke dalam pokok tembakau melalui perantaraan Agrobacterium tumefaciens. Penyaringan pokok tembakau transgenik dengan PCR dilakukan menggunakan 3 pasang pencetus yang direka khas iaitu pasangan CMT F dan CMT R, 35SF dan PMT R, dan pasangan pencetus khusus-gen MT FS2 dan MT RS2. Ketiga-tiga pasangan pencetus ini berjaya menghasilkan saiz serpihan DNA jangkaan iaitu masing-masing 270 pb, 1.1 kb dan 170 pb. Penjujukan terhadap serpihan bersaiz 170 pb dan analisis jujukan menunjukkan persamaan 100 % dengan eiMT 1. Kajian pengekspresan gen melalui pendekatan transkripsi berbalik-PCR membuktikan bahawa transgen eiMT 1 telah berjaya diekspreskan dalam 11 daripada 19 pokok transgenik yang dikaji.
Bemisia tabaci (Gennadius) merupakan spesies lalat putih utama dan berbahaya kepada pertanian. Kajian telah dijalankan di Stesen MARDI Jalan Kebun, Klang, Selangor dari 9 September 2006 hingga 11 November 2007. Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan populasi lalat putih terhadap tanaman cili yang diberi kadar nitrogen yang berbeza (0, 33, 43, 53 g/pokok). Keputusan kajian menunjukkan pokok cili yang dibaja dengan kadar nitrogen yang tinggi menyebabkan peningkatan yang bererti (P<0.05) kepada populasi B. tabaci peringkat belum matang berbanding pada pokok cili yang dibajakan nitrogen pada kadar rendah. Min bilangan B. tabaci pada peringkat belum matang per aras kanopi adalah berbeza secara signifikan (P<0.05) antara aras kanopi dan antara perlakuan. Secara amnya, min bilangan telur dan larva B. tabaci adalah lebih tinggi secara bererti (P<0.05) pada aras kanopi atas berbanding tengah dan bawah. Walau bagaimanapun, min bilangan pupa B. tabaci adalah tinggi secara signifikan (P<0.05) pada aras kanopi bawah berbanding aras kanopi atas dan tengah. Min bilangan B. tabaci pada peringkat belum matang adalah berbeza secara bererti (P<0,05) mengikut minggu selepas pokok cili ditanam pada semua perlakuan. Secara amnya, populasi B. tabaci lebih tinggi semasa awal musim penanaman dan menurun selepasnya hingga ke akhir musim kecuali pada minggu ketiga dan ketujuh selepas pokok cili di tanam.
Ten Elaeis oleifera microsatellite markers were developed and characterised from 1500 sequences of the E. oleifera genomic library. The markers were utilised to assess the genetic diversity of E. oleifera germplasm collections from four South American countries (Colombia, Costa Rica, Panama and Honduras). The number of alleles per-locus varied from 2 to 11 and the observed and expected heterozygosity ranged from 0.0685 to 0.9853 and 0.1393 to 0.8216 respectively. Majority of the markers showed transferability to Elaeis guineensis while two markers showed transferability across Arecaceae taxa. These E. oleifera microsatellite markers are expected to become useful tools to determine the population structure and conservation of E. oleifera populations.
MeSH terms: Alleles; Colombia; Costa Rica; Heterozygote; Honduras; Panama; South America; Genetic Variation; Genomic Library; Microsatellite Repeats; Arecaceae
Kajian kepekatan logam dalam air di Tasik Bukit Merah telah dijalankan pada April 2009. Lima belas stesen persampelan telah dipilih dan sampel air permukaan bagi penentuan logam telah diambil. Beberapa parameter kualiti air seperti suhu, konduktiviti, oksigen terlarut, pH dan keliatan air telah ditentukan di setiap stesen. Sebanyak 11 jenis logam iaitu kadmium, zink, plumbum, kuprum, nikel, ferum, kobalt, aluminium, barium, kromium dan mangan (Mn) telah ditentukan dalam sampel air. Keputusan menunjukkan kepekatan semua logam kajian berada di bawah kepekatan maksimum yang dicadangkan oleh piawaian Malaysia dan antarabangsa bagi melindungi hidupan akuatik kecuali bagi logam Fe dan Al. Bagi parameter kualiti air, kajian menunjukkan semua parameter berada dalam julat kepekatan semula jadi (kelas I) berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS Malaysia) kecuali oksigen terlarut dan pH di beberapa stesen persampelan terutama di bahagian timur tasik yang didapati dipengaruhi oleh faktor-faktor semula jadi dan antropogenik.
Recordings of frog calls from the genus Hylarana were conducted at seven study sites in Sarawak, Malaysia. The results showed that each species differs in terms of call characteristics, in which a high number of pulsed note belongs to H. baramica, while high repetition note belongs to the sibling species, H. glandulosa. Higher pitched and number of amplitude spectrum, however, belong to H. signata. Pulsed note and note repetition differed significantly among species, except for spectrum amplitude. Advertisement calls for each species were described in detail. This study provide a baseline data on advertisement call characteristics of frogs from the genus Hylarana for future studies of these frogs particularly and the Oriental frogs generally.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca berlakunya banjir di Segamat pada 17 hingga 21 Disember 2006. Kegiatan termasuklah mengumpul, menilai dan mengalisis data taburan hujan dari Januari 1998 hingga Disember 2006 serta menganalisis data telemetri harian bagi aras dan luahan air sungai pada Disember 2006. Satu set data hujan harian, bulanan dan tahunan dari Stesen Felda Medoi, Segamat telah dianalisis dan dihubungkait dengan data telemetri. Data taburan hujan selama 8 tahun tersebut menunjukkan kawasan Bandar Segamat menerima hujan bulanan yang berjulat daripada 2.5 mm (Februari 2004) sehingga 536.8 mm (Januari 2003). Taburan hujan bulanan Oktober sehingga Disember 2006 menunjukkan kenaikan secara positif, iaitu daripada 118 mm sehingga 435 mm/bulan tetapi berlaku penurunan (392 mm) pada Januari 2007. Hasil kajian menunjukkan bahawa hujan lebat yang luar biasa dan keadaan bentuk topografi yang rendah dan beralun di kawasan kajian adalah penyebab utama banjir di Segamat.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghasilkan bukti kesahan dan kebolehpercayaan metrik pengukuran kebergunaan perisian kursus matematik secara psikometrik dan seterusnya membentuk rumus skor kebergunaan. Kertas ini membincangkan pembentukan rumus kebergunaan. Berdasarkan pandangan secara teori, satu model hipotesis kebergunaan dengan tiga faktor iaitu kebolehgunaan, kefungsian dan kecekapan dan 85 metrik dicadangkan. Melalui pengesahan pakar dan ujian kebolehpercayaan metrik kebergunaan dikurangkan kepada 64. Instrumen dengan 64 metrik ditadbir ke atas 620 guru matematik di lima zon di Malaysia. Mereka diminta melayari perisian kursus matematik (PKM) sambil melengkapkan instrumen. Analisis faktor penjelajahan dilakukan untuk mengesahkan konstruk kebergunaan manakala analisis faktor pengesahan dijalankan untuk membentuk model berstruktur dengan memadankan 34 metrik dengan model hipotesis. Ujian-t dan ujian ANOVA mendapati tiga pembolehubah iaitu, bidang pengkhususan guru, pengalaman menggunakan komputer dan ralat penilaian menyumbang kepada skor kebergunaan. Dapatan ini digunakan untuk membentuk rumus kebergunaan PKM.
Penyelesaian berangka bagi masalah aliran lapisan sempadan olakan bebas mantap terhadap silinder bulat mengufuk yang dijanakan oleh pemanasan Newtonan, iaitu pemindahan haba dari permukaan berkadar langsung dengan suhu permukaan setempat, dipertimbangkan. Persamaan lapisan sempadan terjelma diselesaikan secara berangka dengan suatu skim berangka beza terhingga tersirat yang dikenali sebagai kaedah kotak Keller. Penyelesaian berangka diperoleh bagi pekali geseran kulit, pekali pemindahan haba setempat, suhu dinding serta profil halaju dan suhu. Ciri-ciri aliran dan pemindahan haba bagi suatu julat nilai nombor Prandtl yang besar dianalisis dan dibincangkan.
Pembinaan model geometri berbantukan komputer (CAGD) dengan titik data yang mempunyai ketakpastian adalah sukar dan mencabar. Dalam kertas ini, pembinaan model splin-B kabur sebagai perwakilan matematik bagi lengkung dengan data ketakpastian menggunakan titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan dibincangkan. Lengkung splin-B kabur atau splin-B penyahkaburan kubik untuk masalah data ketakpastian akan diperihalkan dengan menggunakan kaedah penghampiran splin-B kubik yang ditakrif menerusi titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan. Bagi menyelesaikan masalah mengenai titik data ketakpastian pula, kaedah pengkaburan dan penyahkaburan titik data berkomponen kabur (penyahkaburan) beserta modelnya diperkenalkan. Bagi menguji tahap keberkesanan model, beberapa contoh lengkung simulasi data tersebut juga dibincangkan.
MeSH terms: Animals; Autonomic Nervous System Diseases; Diabetic Neuropathies; Gastropoda
Kaedah momen merupakan salah satu teknik termudah dan sering digunakan dalam statistik hidrologi. Bagaimanapun, penganggar momen selalunya memberikan kualiti yang rendah dan tidak sebaik penganggar L-momen terutamanya untuk taburan dengan tiga parameter atau lebih. Pada masa kini, banyak kajian analisis frekuensi serantau dalam hidrologi menggunakan gambar rajah nisbah L-momen untuk memilih taburan yang sesuai bagi data hidrologi dan meteorologi. Kelebihan utama gambar rajah nisbah L-momen adalah pemilihan beberapa taburan yang sesuai boleh dilakukan menggunakan satu graf sahaja. Tujuan utama kertas ini untuk melihat kembali LQ-momen dan untuk membangunkan gambar rajah LQ-momen berdasarkan penganggar median. Menggunakan data aliran banjir dari 73 buah stesen dalam Semenanjung Malaysia, kami meninjau kesesuaian pelbagai model kebarangkalian menggunakan gambar rajah nisbah LQ-momen dan dibandingkan dengan gambar rajah nisbah L-momen. Hasil kajian menunjukkan gambar rajah nisbah LQ-momen secara umumnya memberikan keupayaan yang baik sebagaimana gambar rajah nisbah L-momen dalam memilih taburan frekuensi dan ini membuatkan ianya sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan yang menarik untuk digunakan dalam analisis frekuensi banjir.
Kaedah baru pasangan benaman 4(3) tahap-empat berperingkat empat tak tersirat Runge-Kutta-Nyström (RKN) diterbitkan untuk mengamir persamaan pembezaan peringkat dua berbentuk yʺ = f (x, y) dengan penyelesaian bentuk berkala. Dipersembahkan kaedah yang bercirikan serakan berperingkat tinggi serta pekali ralat pangkasan utama yang ‘kecil’. Analisis kestabilan bagi kaedah yang diterbitkan juga diberikan. Perbandingan keputusan berangka antara kaedah yang dihasilkan dengan kaedah RK4(3) dan RKN4(3)D menunjukkan kaedah yang baru ini berkecekapan lebih baik daripada segi penilaian fungsi dan masa pelaksanaan.
Famili Piperaceae pada keseluruhannya terdiri daripada 1,000 hingga 2,000 spesies yang boleh dijumpai di kawasan tropika dan subtropika. Dalam kajian ini, ekstrak etanol digunakan untuk melihat aktiviti sitotoksik ke atas sel kanser hati manusia (HepG2) dan sel bukan kanser hati Chang melalui kaedah pengasaian MTT (3,4 [dimetiltiazol-2-yl]-2, 5-difeniltetrazolium bromida). Sebanyak lapan spesies daripada famili Piperaceae telah terpilih untuk analisis aktiviti antitumor. Hasil kajian mendapati kesemua spesies Piperaceae (P. sarmentosum, P. ramifilum, P. paucistigmum, P. betle, P. macronatum, P. ridleyi, P. magnibaccum dan P. miniatum) menunjukkan aktiviti sitotoksik dengan ekstrak etanol Piper sarmentosum mempunyai nilai bacaan IC50 yang paling rendah ke atas sel HepG2 iaitu 12.5 μg/mL. Tiada aktiviti sitotoksik telah ditunjukkan oleh kesemua ekstrak etanol tumbuhan yang diuji aktiviti sitotoksik ke atas sel Chang kerana nilai bacaan IC50 kesemua ekstrak etanol yang diperlakukan ke atas sel Chang melebihi nilai piawai iaitu 30 μg/mL. Kaedah analisis viabiliti sel menggunakan tripan biru pula mendapati ekstrak etanol P. sarmentosum menurun secara signifikan (p<0.05) terhadap sel HepG2 berbanding kawalan. Kesimpulannya, kaedah MTT menunjukkan kesemua ekstrak etanol famili Piperaceae memberikan aktiviti sitotoksik dan kaedah tripan biru merupakan kaedah alternatif bagi penentuan kesitotoksikan sesuatu ekstrak.