Periodontitis adalah penyakit kronik yang melibatkan kehilangan tulang dan inflamasi pada tisu periodontium. Interleukin-6 (IL-6) dan Tumor Necrosis Factor-α (TNF-α) merupakan penanda pro-inflamasi yang penting yang terlibat dalam periodontitis. Sebanyak 20 ekor tikus Sprague-Dawley dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu: Kumpulan kawalan dengan salin normal (CS); kumpulan kawalan dengan madu Gelam 3 g/mL (CH); kumpulan ujian periodontitis dengan salin normal (TS); dan kumpulan ujian periodontitis dengan madu Gelam 3 g/mL (TH). Benang bersaiz 4/0 diikat pada molar pertama gigi tikus sebelah kiri bagi tujuan rangsangan penyakit periodontitis. Madu Gelam diberi secara paksa oral selama 15 hari. Selepas 15 hari, sampel plasma dan tisu dianalisis menggunakan kaedah Elisa dan pewarnaan histologi. Kehilangan tulang alveolar pada kumpulan TS adalah paling tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan, CS dan CH namun, tiada perbezaan yang signifikan berbanding dengan kumpulan TH. Berdasarkan ujian imunohistokimia, ekspresi IL-6 dan TNF-α pada tisu periodontium adalah tinggi secara signifikan pada kumpulan TS berbanding dengan kumpulan lain. Namun, tiada perubahan aras IL-6 dan TNF-α yang signifikan pada plasma ke semua tikus kajian.
Replicative senescence of human diploid fibroblasts (HDFs) occurs when cells lose their capacity to proliferate and enter a phase of irreversible growth arrest. Stress-induced premature senescence (SIPS) on the other hand is caused by subcytotoxic concentrations of various oxidants which trigger accelerated cellular senescence. In this study, a SIPS model was established by exposing human diploid fibroblasts (HDFs) to 20 μM H2O2 for 2 weeks. A proteomic comparison between young, senescent and SIPS cells was done using two dimensional gel electrophoresis (2DGE) to elucidate the changes in protein expression associated with cellular aging. Our analysis showed that 28 protein spots were differentially expressed in senescent cells whereas 10 protein spots were differentially expressed in SIPS as compared to young cells. Three similar protein spots were differentially expressed in both senescent and SIPS cells when compared to the young cells. These results indicate that a difference in protein expression exists between senescent cells and SIPS cells compared to young cells.
Chlorella vulgaris (ChV), sejenis alga hijau unisel telah dilaporkan mempunyai khasiat kesihatan pada penyakit tertentu termasuk kanser. Objektif utama kajian ialah untuk mengukur dan menilai kesan antioksidan dan antitumor ekstrak air panas ChV ke atas sel kanser hepar yang dijalankan secara in vivo dan in vitro. Asai DPPH yang dijalankan menunjukkan peratus pengautan ChV yang tinggi. Dalam kajian in vivo, tikus Wistar jantan (200-250 g) dibahagikan kepada lapan kumpulan: tikus kawalan (diet normal), tikus diaruh kanser hepar (diet kurang kolin + 0.1% etionin dalam air minuman) atau singkatannya CDE, tikus diberi rawatan ChV pada tiga dos berbeza (50, 150 dan 300 mg/kg berat badan) dan tikus CDE diberi rawatan ChV pada tiga dos berbeza. Sampel darah dan tisu diambil dari semua kumpulan tikus pada minggu 0, 4, 8 dan 12 untuk penentuan kadar proliferasi dan apoptosis sel untuk melihat kesan antitumor ChV. Peratus pembentukan nodul praneoplasia adalah tinggi pada tikus diaruh kanser hepar (CDE) tetapi ChV pada semua dos berjaya mengurangkannya. Pertambahan jumlah sel kanser semasa hepatokarsinogenesis ditunjukkan dengan peningkatan proliferasi hepatosit yang signifikan (p<0.05) pada tikus CDE berbanding kawalan tetapi ChV pada semua dos berjaya mengurangkan proliferasi secara signifikan (p<0.05). Peratus apoptosis sel didapati meningkat secara signifikan (p<0.05) pada tikus CDE, tetapi peningkatan yang lebih ketara berlaku pada tikus CDE diberi ChV (300 mg/kg berat badan). Dalam kajian in vitro pula, aktiviti antitumor ekstrak air panas ChV telah ditentukan dengan melihat perubahan dalam proliferasi dan apoptosis sel kanser hepar HepG2 yang dikultur di makmal. Ekstrak air panas ChV berjaya menurunkan kadar proliferasi sel HepG2 dengan signifikan secara berkadar terus dengan dos yang digunakan dengan nilai IC50 1.6 mg/ml. Hasil analisis TUNEL pula menunjukkan ekstrak air panas ChV berjaya mengaruh apoptosis dalam sel HepG2. Keputusan ini disokong oleh hasil pemblotan Western dengan peningkatan pengekspresan protein P53 dan protein proapoptosis BAX dan Kaspase-3. Daripada hasil-hasil kajian, dapatlah dicadangkan bahawa ChV berpotensi tinggi sebagai antioksidan serta berupaya memberi kesan antitumor kepada kanser hepar pada kajian in vivo dan in vitro.