Eventration of the diaphragm is caused by weakened musculature of the diaphragm. This can occur in one or
both hemidiaphragms. Symptoms may be minimal and it is usually detected incidentally on chest radiograph
which would show an elevation of the diaphragm. We report and discuss a case of eventration of right
diaphragm in a patient presented with a lobulated lung mass on chest radiograph.
Tuberkulosis (TB) paru-paru dan penyakit “Chronic Obstructive Pulmonary Disease” (COPD) adalah punca utama kematian dan morbiditi di Malaysia. Di Malaysia, jumlah kes TB semakin meningkat dan terdapat 500,000 rakyat Malaysia yang didiagnosa dengan COPD pada tahun 2016. Sejumlah besar pesakit TB mendapat “COPD” pada jangka panjang. Jangkitan TB yang lepas telah terbukti menyumbang kepada etiologi COPD. Kami menjalankan kajian keratan rentas selama satu tahun yang melibatkan pesakit dewasa di klinik pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMMC) yang mempunyai sejarah TB paru-paru 3 tahun sebelum kajian. Pesakit yang dikecualikan adalah pesakit asma, COPD, penyakit paru-paru interstitial dan bronchiectasis. Obstruksi aliran udara ditakrifkan sebagai nisbah FEV1: FVC
Insiden penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) di Malaysia semakin meningkat. Tiada kajian yang dilaporkan tentang obstruksi aliran udara spirometrik, termasuk corak restriktif dan obstruksif pada populasi di Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk mengira prevalens dan meramal obstruksi aliran udara dan menjalankan pemeriksaan gejala COPD menggunakan peralatan baru AirSmart® Spirometry dan COPD Population Screener (COPD-PS). Kajian keratan rentas dilakukan di dua hospital tertiari menggunakan COPD-PS dan AirSmart® Spirometry. Terdapat 265 subjek yang direkrut dengan 11% dan 16% populasi yang masing-masing disaring mempunyai corak yang restriktif dan obstruksif. Dua puluh peratus subjek mempunyai skor COPD-PS lebih daripada lima. Tujuh puluh empat peratus subjek dengan corak obstruktif aktif atau bekas perokok (p=0,03, p