Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Jacinta Santhanam, Siti Azura Zainon, Chin CF, Faezah Shekh Abdullah
    Infeksi kulat sistemik yang paling kerap berlaku pada pesakit hospital adalah infeksi kandidiasis yang disebabkan oleh Candida spp. Pendiagnosan infeksi ini melalui pengkulturan dan ujian serologi mengambil masa ataupun kurang sensitif dan spesifik. Oleh itu, tindak balas rantai polimerase (PCR) yang mengesan DNA kulat telah diperkembangkan untuk mendapatkan diagnosis yang cepat dan tepat. Dalam kajian ini, keupayaan asai PCR ‘seminested’ untuk mengesan infeksi sistemik Candida albicans pada haiwan makmal telah ditentukan. Tikus dewasa Sprague-Dawley diinfeksi dengan C. albicans secara suntikan intravena sel yis tersebut. Darah tikus diperolehi setiap 3 atau 4 hari untuk ekstraksi DNA. Setiap minggu, 3 ekor tikus dikorbankan dan organ-organ dalamannya dikultur untuk memastikan kehadiran infeksi sistemik C. albicans. Tempoh kajian ini adalah selama 4 minggu (28 hari). PCR ‘seminested’ dijalankan ke atas sampel DNA dengan menggunakan primer fungus universal, iaitu ITS1 dan ITS3 serta primer spesifik C. albicans (CALB1). Produk PCR yang terhasil dikesan dengan elektroforesis gel agaros. Asai PCR ‘seminested’ berjaya mengesan DNA C. albicans di dalam sampel darah haiwan terinfeksi dari hari ke-2 sehingga hari ke-25 pos-infeksi secara tekal. Pengkulturan organ ginjal, hati dan limpa menunjukkan haiwan tersebut diinfeksi secara sistemik sehingga hari ke-21 pos-infeksi dan telah pulih (keputusan kultur negatif) pada hari ke-28 pos-infeksi. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan PCR ‘seminested’ adalah satu kaedah yang berupaya mengesan infeksi sistemik Candida albicans sepanjang tempoh infeksi. Oleh itu, asai PCR ini mempunyai nilai sebagai kaedah diagnosis yang berkesan dan juga mampu menentukan prognosis apabila memantau status infeksi.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links