Displaying publications 61 - 80 of 124 in total

Abstract:
Sort:
  1. Hamizah, M.S., Norhayati, M.N., Nor Azlina, A.R., Wan Shukri, W.S., Abdulah, H.
    MyJurnal
    Penyakit tifoid adalah penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh Salmonella typhii. Penyakit ini berlaku di seluruh durtia dan endemik di Kelantan. Pada April 2005, terdapat peningkatan kes tifoid yang dinotifikasi di daerah Bachok dan wabak telah diistiharkan. Pasukan siasatan telah dibentuk di mana setiap kes telahydisiasat dengan segera dan tindakan kawalan telah diambil seperti pemeriksaan dan penutupan premis makanan, kerja-kerja sanitasi dan pendidikan kesihatan. Pengesanan kes secara aktifjuga telah dilakukan. Mukim Gunong mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 46.3%. Majoriti daripada kes terdiri daripadapelajar. Dua pembawa dari kalangan kontek juga turut dikesan. Lekuk epidemik menggambarkan berlakunya wabak purtca lazim. Lima daripada 1 1 1 bilangan sampel air dan dua daripada 146 bilangan sampel makanart yang diperiksa adalah positif terhadap Salmonella species tetapi tiada yang positif terhadap Salmonella typhii. Meskipun Pasar Jelawat merupakan lokasi yang disyakki sebagai punca utama jangkitan, ianya tidak dapat disahkan melalui penyiasatan dan ujan makmal.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  2. Hidayah, N.I., Hanafiah, M.S., Idris, M.N., Rosnah, S., Haslina, M., Azlin, I., et al.
    MyJurnal
    Kajian kuasbeksperimental telah di lakukan di tiga buah penempatan pembangunan tanah di negeri Johor, Pahang dan Perak, Semenanjung Malaysia daripada Januari 2003 sehingga Disember 2003 untuk menilai keberkesanan satu program intervensi yang komprehensif dalam mengurangkan tingkahlaku berisiko dikalangan remaja. Tiga buah sekolah yang diberi intervensi (disebut sebagai sekolah kes) dan tiga buah lagi sekolah tidak diberi sebarang intervensi (sekolah kawalan) telah dipilih untuk ketiga»tiga kawasan penempatan pembangunan tanah tersebut. Data pra»intervensi dan pos-intervensi telah diambil daripada setiap remaja tingkatan satu yang menjadi sampel kajian. Walaupun terdapat peningkatan signifikan dalam peratusan remaja yang bertingkahlaku berisiko pos-intervensi, namun peningkatan tersebut adalah lebih tinggi (32 .2%) di sekolah kawalan berbanding
    Y sekolah kes (29.2%). Penurunan yang signifikan dikalangan mereka yang telah dikenalpasti sebagai bertingkahlaku berisiko semasa pra»intervensi berlaku cli sekolah kes (25.8%) dan juga kawalan (32.6%). Kajian ini telah menunjukkan kepentingan program interventif remaja yang bukan sahaja boleh mengurangkan bilangan remaja yang bertingkahlaku berisiko malah mencegah
    sebahagian besar remaja daripada bertingkahlaku berisiko.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  3. Mazliadiyana, M., Nazrun, A.S., Isa, N.M.
    Medicine & Health, 2017;12(1):83-89.
    MyJurnal
    Di Malaysia, timun laut lebih dikenali sebagai Gamat. Di kalangan kaum Melayu,
    gamat sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk melegakan kesakitan,
    merawat luka dan kesan terbakar. Ianya juga digunakan sebagai tonik untuk
    memberi sumber tenaga tambahan. Stichopus chloronotus merupakan salah satu
    spesies timun laut yang boleh didapati di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk
    menentukan dos optimum ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap ke
    atas luka pada model tikus. Beberapa siri kepekatan iaitu 0.1%, 0.5% dan 1%
    ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap diberikan ke atas luka eksisi sekali
    sehari selama 10 hari. Perubahan pada kawasan luka diukur dengan menggunakan
    angkup dan gambar luka diambil pada hari pertama, ke-3, ke-6, ke-8 dan ke-10
    selepas pembentukan luka. Keputusan daripada peratusan pengurangan luka dan
    pemerhatian makroskopik akan menentukan dos optimum Stichopus chloronotus.
    Hasil kajian menunjukkan, kumpulan tikus kajian yang menerima rawatan
    Stichopus chloronotus 0.5% mempunyai peratusan pengurangan luka yang lebih
    tinggi dan pemerhatian makroskopik yang lebih baik bermula dari hari ke-6 selepas
    pembentukan luka berbanding kumpulan yang lain. Kesimpulannya, dos 0.5%
    merupakan kepekatan optimum bagi Stichopus chloronotus memberikan kesan
    kepada penyembuhan luka dan akan digunakan pada kajian sebenar
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  4. Maszaidi, Z., Nurul Hazwani, H., Hatta, S.
    Medicine & Health, 2017;12(1):99-102.
    MyJurnal
    Kebimbangan dan gangguan emosi amat biasa di dalam Penyakit Kecelaruan
    Defisit Perhatian. Laporan kes ini mengetengahkan kes lelaki Melayu berusia
    23 tahun yang menunjukkan masalah memberi perhatian dan kemerosotan
    pencapaian akademiknya secara ketara. Kemerosotan pengajiannya disedari
    oleh ahli keluarganya 2-3 tahun sebelum beliau mendapatkan rawatan psikiatri.
    Beliau juga mengalami masalah kemurungan tetapi tidak mengalami gejala
    biologi kemurungan. Beliau telah dirawat dengan ubat-ubatan Buproprion 150 mg
    setiap hari dan juga ubat Ritalin 10 mg. Kebiasaannya ubat peransang digunakan
    untuk rawatan penyakit kecelaruan deficit perhatian tetapi dalam kes ini ubat
    anti kemurungan telah digunakan. Beliau telah menunjukkan penambahbaikan
    selepas memakan ubat dan seterusnya dapat memberi fokus kepada pembelajaran
    akademiknya.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  5. Naomie Salim, Holliday J, Willett P
    This paper describes experiments to study on how well the whole range of topological indices-based non-binary similarity values represents the physicochemical similarities between compounds. Measured log P values have been compared with the log P values predicted from compounds at different range of similarities calculated based on various topological indices of the compounds. Analysis shows that the non-binary Cosine, Simpson and Pearson coefficients might give misleading results when certain compounds are compared. Similarity values involving 1% most similar compounds based on the non-binary Tanimoto or Euclidean coefficients has been found to be able to represent physicochemical similarities between the molecules compared. Therefore, for searches requiring around 1% most similar compounds, rational selection methods based on the non-binary Tanimoto or Euclidean coefficients are likely to produce better results than random selection. Similarity values involving 5% most dissimilar compounds based on the non-binary Tanimoto coefficients has also been found to be able to represent physicochemical dissimilarities between the molecules compared. Therefore, for diverse selection requiring less than 5% most dissimilar compounds, rational selection methods based on the non-binary Tanimoto coefficient is likely to produce better results than random selection. However, in both focused and diverse selection using the coefficients mentioned, as more and more compounds are selected, the selection becomes more and more like random selection in terms of physicochemical properties similarity and dissimilarity.
    Kertas kerja ini membincangkan mengenai kajian untuk melihat sejauh mana nilai keserupaan bukan binari yang dihasilkan melalui perbandingan indeks topologi sebatian mampu mewakili perbezaan atau keserupaan ciri fizikal dan kimia sebatian yang dibandingkan. Di dalam kajian ini, nilai log P yang diperolehi daripada ujikaji makmal telah dibandingkan dengan nilai log P jangkaan yang diambil daripada purata log P sebatian yang mempunyai pelbagai julat nilai keserupaan tertinggi berdasarkan perbandingan indeks tolopologi kesemua sebatian di dalam pangkalan data dengan sebatian berkenaan. Analisa menunjukkan yang pengiraan keserupaan bukan binari menggunakan angkali Cosine, Simpson dan Pearson boleh memberikan nilai keserupaan yang mengelirukan apabila sesetengah jenis sebatian dibandingkan. Nilai keserupaan yang melibatkan 1% sebatian paling serupa berdasarkan angkali Tanimoto atau Euclidean didapati mampu menggambarkan keserupaan ciri fizikal dan kimia sebatian yang dibandingkan. Justeru, carian atau pemilihan berfokus bagi mendapatkan 1% sebatian paling serupa dengan sesuatu sebatian menggunakan angkali Tanimoto dan Euclidean ke atas perwakilan bukan binari sebatian dijangka berkecenderungan memberikan hasil yang lebih memuaskan berbanding dengan pemilihan rambang. Nilai keserupaan yang melibatkan 5% sebatian paling berbeza berdasarkan angkali Tanimoto juga didapati mampu menggambarkan perbezaan ciri fizikal dan kimia molekul yang dibandingkan. Ini menunjukkan yang pemilihan rasional berdasarkan angkali Tanimoto bagi memilih subset yang terdiri daripada 5% molekul paling rencam dari sebuah pangkalan data molekul yang mempunyai perwakilan bukan binari berkecenderungan untuk memberikan hasil yang lebih baik daripadapemilihan secara rambang. Walau bagaimanapun. di dalam kedua-dua pemilihan berfokus atau rencam menggunakan angkali yang dinyatakan, semakin banyak sebatian yang dipilih, hasil yang didapati semakin menyerupai pemilihan secara rawak dari segi keserupaan atau kerencaman ciri fizikal dan kimia.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  6. Badrul Munir Md-Zain, Ng MY, Idris Abd. Ghani
    Kajian kelakuan harian diurnal telah dijalankan ke atas beberapa ekor cimpanzi (Pan troglodytes) di Zoo Negara. Objektif kajian ialah untuk mencerap peruntukan aktiviti harian cimpanzi di dalam kurungan dan mengkaji kesan pengkayaan terhadap kelakuannya. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan fokus dengan pengrekodan berterusan. Pemerhatian dijalankan selama 32 hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan satu jam berehat. Fasa tanpa pengkayaan berlangsung selama 16 hari (80 jam 45 min). Fasa pengkayaan juga dilakukan selama 16 hari (86 jam 15 min). Hasil aktiviti harian menunjukkan cimpanzi banyak berehat (45.2%) dan memerhati persekitaran (16.81%) diikuti dengan aktiviti pergerakan (11.33%), makan (8.38%), berdandan (5.27%), mencari makanan (4.81%), tidur (3.40%), agresif (0.38%), kelakuan lain-lain yang tak tertakrif dalam skop kajian ini seperti kelakuan stereotipik (0.28%) dan kelakuan seksual (0.14%). Fasa pengkayaan memberi hanya perbezaan yang bererti kepada kelakuan mencari makanan (p<0.001), membina sarang (p<0.05) dan kelakuan memerhati persekitaran (p<0.05).
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  7. Zaidi Che Cob, Aziz Arshad, Japar Sidik Bujang, Mazlan Abdul Ghaffar
    A total of 230 individuals of Strombus were sampled at various locations along the Johor Straits, Malaysia. There were four species of Strombus present in the study areas i.e. Strombus canarium Linnaeus, 1758; Strombus urceus Linnaeus, 1758; Strombus marginatus subspecies succinctus Linnaeus, 1767; Strombus marginatus subspecies robustus Sowerby, 1874; and Strombus vittatus subspecies vittatus Linnaeus, 1758. Strombus canarium was the most common, widely distributed and most abundant, followed by S. urceus, while the others were only rarely found. Among the species Strombus marginatus and Strombus vittatus were two new distribution records for the Johor Straits. Since all Strombus were traditionally harvested and consumed by the locals since long ago, further studies are needed particularly regarding the population dynamics and fishery of the harvested species.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  8. Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Latifah Sarah Supian, Hadi Guna, Nik Nur Syahirah Mohammad, Hwang IS, Afiq Hipni
    Sains Malaysiana, 2014;43:1743-1750.
    Gentian optik polimer (P0F) mempunyai banyak kelebihan dan banyak digunakan untuk komunikasi terutamanya dalam industri automotif. Komunikasi ini memerlukan maklumat yang banyak dihantar pada satu masa dengan kos yang rendah. Untuk itu pencerai 3x3 POF yang berkonsepkan pemultipleks bahagi jarak gelombang (wDM) yang berkos rendah dan berteknologi hijau difabrikasikan. Pencerai POF ini difabrikasikan dengan menggunakan alat yang murah dan mudah didapati, iaitu tiub besi dan lilM. Teknik fabrikasi yang digunakan adalah dengan memanaskan tiga lembar POF sehingga bahagian tengahnya mencair dan melakur sehingga mengecil dan memanjang berdiameter 1 mm. Pencerai 3x3 POF yang berjaya difabrikasi dicirikan dengan mengukur kehilangan POF sebelum dan selepas hujungnya diratakan dan digilap dengan dua jenis kertas pasir yang berlainan darjah kekasaran. Ini untuk melihat kesan gilapan pada kehilangan isyarat optik. Kehilangan pencerai PoF juga diukur pada suhu yang berbeza bagi melihat kesannya pada prestasi pencerai POF. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, dapat dilihat bahawa kebersihan dan kerataan hujung POF memberi kesan kepada kehilangan dengan penurunan antara 0.3 hingga 5.0 dB. Suhu juga memberi kesan kepada kehilangan isyarat POF, walaupun tidak begitu ketara, dengan purata peningkatan kehilangan sebanyak 0.3 dB. Walaupun secara keseluruhannya nilai kehilangan dalam pencerai POF yang difabrikasi ini masih tinggi, prestasi ini dapat diperbaiki dengan penambahbaikan pada teknik pelakuran dan penggunaan alat yang lebih berkualiti. Teknik pemfabrikasi berkos rendah ini dipercayai boleh menghasilkan pencerai POF yang murah secara komersil, tetapi dengan kajian yang lebih mendalam pada teknik pelakuran, punca kehilangan dan cara meminimumkan kehilangan boleh diperoleh dan meningkatkan isyarat optik keluaran.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  9. Ibrahim Abugassa, Sukiman Sarmani, Supian Samat
    Two important parameters for utilizing Ko-standardization method namely, absolute peak efficiency at reference position and peak-to-total ratio at different geometrical positions using standard point sources and HPGe were experimentally determined. Coincidence correction factor, C, for reference position and certain nuclides were also calculated and all almost equal to one. The importance and implication of this work to the K0-standardization method are presented. Other essential nuclear parameters which have to be experimentally determined or obtained from literature are also presented.
    Dua parameter untuk kegunaan kaedah pemiawaian K0 iaitu kecekapan puncak absolut pada kedudukan rujukan dan nisbah jumlah-ke-puncak pada berbagai kedudukan geometri telah ditentukan secara eksperimen. Punca titik piawai dan HPGe digunakan. Faktor pembetulan koinsiden, C, yang digunakan untuk kedudukan piawai dan beberapa nuklid telah dihitung dan semuanya mempunyai nilai hampir sama dengan satu. Kepentingan dan implikasi kerja ini kepada kaedah pemiawaian K0 dikemukakan. Parameter nuklear lain yang ditentukan secara eksperimen atau yang diperolehi daripada pustaka juga dibentangkan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  10. Suhaimi Suratman, Mohamad Awang, Loh AL, Norhayati Mohd Tahir
    Suatu kajian mengenai Indeks Kualiti Air (IKA) telah dijalankan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Ianya melibatkan pengukuran oksigen terlarut, pH, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan ammonia di lapan buah stesen pensampelan. Hasil kajian menunjukkan semua stesen pensampelan berada dalam status bersih kecuali dua stesen tercemar yang terletak di Sungai Rengat dan Sungai Rasau. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya purata nilai IKA bagi lembangan Sungai Paka adalah 72.4% dan boleh diklasifikasikan sebagai kelas II dengan status sedikit tercemar. Hasil kajian juga menunjukkan kumbahan daripada kilang kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan nilai IKA di kawasan kajian.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  11. Nuzlinda Abdul Rahman, Abdul Aziz Jemain, Kamarulzaman Ibrahim, Ahmad Mahir Razali
    Kajian ini bertujuan untuk memetakan kes kemortalan bayi mengikut daerah di Semenanjung Malaysia bagi tahun 1991 hingga 2000. Penganggaran risiko relatif berdasarkan kaedah Bayes empirik telah digunakan dalam kajian ini. Tiga kaedah penganggaran parameter dihuraikan iaitu kaedah momen, kaedah kebolehjadian maksimum dan kaedah penganggaran gabungan momen dan kebolehjadian maksimum. Keteguhan anggaran parameter yang diperoleh diuji menggunakan kaedah Bootstrap. Hasil kajian mendapati jurang antara kawasan berisiko rendah dengan kawasan berisiko tinggi adalah lebih besar pada awal dekad 2000 berbanding pada awal dekad 1990-an walaupun pada dasarnya kadar mortaliti bayi secara keseluruhannya adalah semakin berkurangan pada peringkat nasional. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia masih pada takuk yang sama iaitu masih berada dalam kategori berisiko tinggi sepanjang tempoh yang dikaji. Seterusnya, gambaran terdapatnya tompokan risiko juga turut terpapar dalam peta yang dihasilkan. Berdasarkan kaedah Bootstrap, parameter-parameter yang dianggarkan dalam kajian ini adalah teguh.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  12. Shaharir bin Mohamad Zain, Nik Rusdi bin Yaacob
    Kuasa dua atau kuadrat modulus fungsi gelombang Schroedinger pengayun harmonik ringkas yang bersyarat awalnya taburan normal ditunjukkan memenuhi taburan normal dengan min dan varians yang berubah. Oleh itu kuasa dua modulus fungsi gelombang ini memenuhi persamaan resapan yang berpekali resapan malar yang berkadaran dengan pemalar Planck, berpekali hanyutan yang berkadaran dengan terbitan/derivatif fasa fungsi gelombang tersebut, dan bersumberkan kuantiti yang berkadaran dengan hasil tambah atau jumlah potensi klasik pengayun harmonik itu: satu sebutan kuadratik, dan ungkapan/ekspresi dalam sebutan terbitan pertama dan kedua fungsi gelombang. Modulus fungsi gelombang itu juga memenuhi persamaan resapan dengan pekali resapan dan hanyutan yang sama, tetapi dengan sumber yang berbeza dan lebih simpel. Hasil yang serupa berlaku untuk syarat awal yang berupa sembarang fungsi yang kuasa duanya terkamirkan. Hasil ini memberi cahaya baru ke atas tabii tafsiran kebarangkalian bagi kuasa dua fungsi gelombang kerana kini terserlah pula hubungannya secara langsung dengan satu proses stokastik: pembunuhan X sehingga
    dX = a dt + b dB, dengan a diketahui sebagai pekali hanyutan dan b**2/2 diketahui sebagai pekali resapan, dan B ialah proses Wiener piawai.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  13. Abd. Fatah Wahab, Jamaludin Md. Ali, Ahmad Abd. Majid, Abu Osman Md. Tap
    Pembinaan model geometri berbantukan komputer (CAGD) dengan titik data yang mempunyai ketakpastian adalah sukar dan mencabar. Dalam kertas ini, pembinaan model splin-B kabur sebagai perwakilan matematik bagi lengkung dengan data ketakpastian menggunakan titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan dibincangkan. Lengkung splin-B kabur atau splin-B penyahkaburan kubik untuk masalah data ketakpastian akan diperihalkan dengan menggunakan kaedah penghampiran splin-B kubik yang ditakrif menerusi titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan. Bagi menyelesaikan masalah mengenai titik data ketakpastian pula, kaedah pengkaburan dan penyahkaburan titik data berkomponen kabur (penyahkaburan) beserta modelnya diperkenalkan. Bagi menguji tahap keberkesanan model, beberapa contoh lengkung simulasi data tersebut juga dibincangkan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  14. Azimah Abd Rahman
    Sains Malaysiana, 2015;44:1229-1239.
    Kedatangan spesies burung hijrah ke Hutan Paya Laut Matang, Perak merupakan suatu fenomena unik dan amat berpotensi untuk dikomersialkan. Namun begitu sejak sepuluh tahun kebelakangan ini kedatangan spesies burung hijrah ke kawasan ini mencatatkan penurunan yang membimbangkan. Pembangunan di sekitar kawasan Hutan Paya Laut Matang dikenal pasti menjadi faktor utama penurunan ini. Selain itu, pengurusan dan pemantauan terhadap spesies burung hijrah yang tidak bersistematik juga menyumbang kepada permasalahan ini. Kaedah pengurusan dan pemantauan burung hijrah secara konvensional masih diamalkan oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam merekod data dan maklumat yang diperoleh. Oleh itu kajian ini dilakukan dengan memperkenalkan pendekatan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Penderiaan Jauh sebagai aplikasi utama yang dapat membantu dalam memperbaiki pengurusan dan pemantauan burung hijrah. Aplikasi GIS digunakan dalam memetakan data parameter kajian yang diperoleh menggunakan perisian yang bersesuaian iaitu ArcGIS 10.1 dan Penderiaan Jauh digunakan untuk memodelkan parameter kajian menggunakan aplikasi dalam perisian ERDAS Imagine 8.5. Sebanyak enam parameter kajian digunakan dalam kajian ini iaitu suhu, taburan hujan, makanan, ketinggian, gunatanah dan liputan tanah. Pemodelan setiap parameter kajian ini membolehkan kesan setiap parameter kajian terhadap taburan burung hijrah dalam suatu kawasan ditunjukkan dalam bentuk pemetaan. Hasil pemodelan ini juga membolehkan parameter yang terpenting dan paling mempengaruhi taburan burung hijrah bagi kawasan Hutan Paya Laut Matang dikenal pasti. Maklumat ini membolehkan DWNP lebih memahami keperluan burung hijrah dalam pemilihan habitat mereka. Selain itu, hasil pemodelan ini membantu DWNP dalam mengatur strategi pelaksanaan program pemeliharaan dan pemuliharaan di kawasan sekitar Hutan Paya Laut Matang bagi memastikan kedatangan spesies burung hijrah secara berterusan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  15. Rusli Daik, Yee LC
    Sains Malaysiana, 2007;36:183-188.
    Adunan polietilena berketumpatan rendah (LDPE)/getah asli cecair (LNR) dalam komposisi 100LDPE/0LNR, 70LDPE/30LNR, 60LDPE/40LNR dan 40LDPE/60LNR telah dihasilkan melalui penyebaran emulsi LDPE dan LNR.. LNR diperolehi melalui tindak balas pemekaan fotokimia ke atas getah asli (NR) dan emulsi LNR disediakan dengan menggunakan natrium dodesil sulfat (SDS) sebagai agen pengemulsi dan 1-heksanol sebagai ko-pengemulsi. Emulsi LDPE dihasilkan dengan cara yang sama menggunakan larutan LDPE dalam karbon tetraklorida, SDS dan 1-heksanol. Adunan LDPE/LNR disediakan melalui pencampuran emulsi LNR dan LDPE. Sifat mekanik adunan LDPE/LNR dianalisis melalui ujian regangan, hentaman dan kekerasan. Sifat mekanik optimum diperhatikan bagi adunan dengan komposisi 60LDPE/40LNR yang memberi nilai tegasan dan terikan yang maksimum. Suhu peralihan kaca, Tg, seperti yang diperolehi daripada analisis kalorimetri imbasan pembezaan (DSC) menunjukkan adunan yang dihasilkan adalah homogen. Kajian morfologi yang dilakukan dengan menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM) juga menunjukkan kehomogenan adunan yang dihasilkan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  16. Hamdan A, Shazuani M, Ahmad S, Idris A
    Sains Malaysiana, 2012;41:1087-1093.
    Kajian mengenai taburan dan kelimpahan parasitoid lalat rumah (Musa domestica) telah dijalankan di ladang ternakan ayam di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Didapati bahawa spesies parasitoid yang memparasit pupa lalat di ladang ternakan ayam di Semenanjung Malaysia adalah Splangia endius, Splangia cameroni, Dirhinus himalayanus
    dan Pachycrepoideus vindemiae. Taburan populasi S. endius dan D. himalayanus adalah menyeluruh iaitu terdapat di semua negeri berbanding P. vindemiae. Namun, kelimpahan (bilangan individu) S. endius adalah tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding lain-lain spesies parasitoid. Kelimpahan D. himalayanus, S. cameroni dan P. vindemiae adalah tidak berbeza secara signifikan antara negeri. Ini menunjukkan S. endius adalah berpotensi untuk dijadikan agen kawalan biologi lalat rumah di ladang ternakan ayam di Malaysia. Kelimpahan parasitoid adalah tinggi secara signifikan (p<0.05) di ladang ayam telur berbanding ladang ayam daging. Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang tinggi dan signifikan tentang populasi parasitoid di Johor berbanding Kelantan tetapi tidak (p<0.05) di antara negeri Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang. Perbezaan yang tidak signifikan juga direkodkan antara kelimpahan pupa lalat rumah dan parasitoid di sepanjang tempoh kajian dan antara lokasi di Malaysia. Kesan suhu dan jumlah hujan
    didapati tidak mempengaruhi perbezaan kelimpahan parasitoid di ladang ayam. Potensi S. endius dan D. himalayanus untuk dikomersialkan pengeluarannya juga dibincangkan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  17. Mohd Hanif Nasaruddin, Noor Qhairul Izzreen Mohd Noor, Hasmadi Mamat
    Sains Malaysiana, 2013;42:1283-1288.
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan komposisi proksimat dan juga kandungan asid lemak durian kuning (Durio graveolens Becc.) Sabah. Kandungan lembapan, abu, protein kasar, lemak kasar, serat kasar, karbohidrat dan asid lemak telah ditentukan. Keputusan analisis proksimat menunjukkan durian kuning Sabah mempunyai kandungan lembapan sebanyak 66.5%, protein 3.1%, lemak 5.5%, abu 1.1%, serat kasar 3.7% dan 20.2% karbohidrat. Sebanyak 13 komponen asid lemak telah dikenal pasti dengan peratusan asid lemak tepu adalah lebih rendah (30.3%) berbanding asid lemak tidak tepu (69.7%). Peratusan asid lemak tepu yang paling tinggi adalah asid miristik (14.5%) manakala asid laurik adalah terendah (1.3%). Untuk asid lemak tidak tepu pula, asid oleik paling tinggi (22.2%) manakala asid lemak miristoleik paling rendah (1.9%).
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  18. Páll-Gergely B, Schilthuizen M, Örstan A, Auffenberg K
    Zookeys, 2019;842:67-83.
    PMID: 31130806 DOI: 10.3897/zookeys.842.33052
    The genera Aulacospira and Pseudostreptaxis of the Philippines are revised based on the collections of the Senckenberg Forschungsinstitut und Naturmuseum (Frankfurt am Main, Germany), the Florida Museum of Natural History (USA), and recently collected material. Three new species are described: Aulacospiralens Páll-Gergely & Auffenberg, sp. n., Aulacospirakrobyloides Páll-Gergely & Schilthuizen, sp. n., Pseudostreptaxisharli Páll-Gergely & Schilthuizen, sp. n.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  19. Amirul-aiman A, Noraini T, Nurul-aini C
    Sains Malaysiana, 2017;46:1679-1685.
    Acanthaceae merupakan famili tumbuhan angiosperma di bawah order Lamiales yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 4000 spesies sama ada spesies tropika atau subtropika. Spesies daripada famili ini ditemui di pelbagai habitat dan mempunyai pelbagai morfologi serta corak taburan geografi. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai ciri anatomi bagi Acanthaceae masih dangkal sehingga ke hari ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti jenis trikom yang hadir pada permukaan epidermis adaksial dan abaksial sepal dan juga petal bunga bagi beberapa spesies terpilih daripada Acanthaceae di Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan pengumpulan sampel di lapangan, penyediaan spesimen baucer, teknik kajian epidermis petal, cerapan di bawah mikroskop cahaya dan juga cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron. Tiga puluh jenis trikom dicerap dalam kajian ini dan daripada jumlah tersebut, 23 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis petal manakala 17 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis sepal. Jenis trikom yang direkodkan ialah trikom ringkas unisel dan ringkas multisel, trikom kelenjar kapitat dan kelenjar peltat serta juga trikom berlengan. Keputusan kajian ini menunjukkan kehadiran dan jenis trikom pada permukaan sepal dan petal mempunyai nilai taksonomi yang berguna untuk tujuan pembezaan dan pengecaman spesies. Maklumat ciri morfologi trikom yang diperoleh daripada kajian ini merupakan maklumat baharu ciri anatomi bunga bagi Acanthaceae.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  20. Hanani Abdul Manan, Ahmad Nazlim Yusoff, Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari
    Sains Malaysiana, 2018;47:1843-1852.
    Proses penuaan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan pada sistem kognitif. Kemerosotan kognitif bermula seawal
    usia dua puluhan dan berterusan secara linear. Selain itu, kemerosotan kognitif juga menjadi lebih nyata dengan
    kehadiran hingar latar. Walau bagaimanapun, kesan penuaan ke atas mekanisme pemprosesan persepsi pertuturan
    menggunakan tugasan mengulang secara terus (FRT) dalam senyap dan hingar belum difahami dengan jelas. Dalam
    kajian ini, pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) digunakan untuk membandingkan kesan penuaan ke atas
    kehubungan efektif otak yang terhasil daripada tugasan FRT ke atas subjek normal dengan empat kumpulan umur yang
    berlainan iaitu 20 - 29 tahun (n = 15), 30 - 39 tahun (n = 15), 40 - 49 tahun (n = 10) dan 50 - 65 tahun (n = 14). Satu siri
    lima perkataan yang diselang-seli dalam keadaan hingar dengan senyap diberikan secara auditori. Pemetaan statistik
    berparameter (SPM8) dan pemodelan dinamik penyebab (DCM10) digunakan untuk menentukan kehubungan efektif otak.
    Kawasan yang terlibat dalam pembinaan model kehubungan efektif otak adalah STG, HG dan PCG. Model optimum yang
    dipilih dalam kajian ini adalah model yang menunjukkan keseimbangan antara ketepatan dan kesukaran. Keputusan
    fMRI kehubungan efektif menunjukkan bahawa komunikasi antara intrahemisfera tidak berubah dengan menggunakan
    tugasan FRT ini apabila seseorang semakin berusia, tetapi komunikasi antara interhemisfera menjadi semakin kompleks.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links