Displaying publications 41 - 60 of 124 in total

Abstract:
Sort:
  1. Kim SS
    Sains Malaysiana, 2017;46:1047-1059.
    Kertas ini mengkaji teknologi pengelupasan untuk menghasilkan grafin, grafin oksida (GO) dan grafin oksida terturun
    (rGO). Empat teknologi pengelupasan yang utama dikenal pasti dalam tinjauan ini iaitu pengelupasan mekanik,
    pengelupasan cecair, interkalasi-pengelupasan dan pengoksidaan-pengelupasan-penurunan. Setiap teknologi ini
    dibincangkan daripada segi kualiti grafin, grafit nanoplat, GO dan rGO yang dihasilkan dan langkah utama proses
    termasuk bahan kimia yang digunakan. Kami juga membuat satu kajian kemudah-capaian dan analisis sensitiviti untuk
    menubuhkan satu kilang penghasilan grafin yang berasaskan teknologi pengelupasan, saiz pasaran grafin dan bahan
    mentahnya iaitu grafit. Berdasarkan kitar gemburan Gartner, teknologi dan produk yang berasaskan grafin terletak di
    tiga lokasi iaitu lembah kekecewaan, cerun pencerahan dan dataran tinggi produktivit
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  2. Siti Aisyah Shamsudin, Jenniver Junas
    Sains Malaysiana, 2018;47:2841-2849.
    Pengimejan tradisi mempunyai banyak kekurangan seperti mempunyai jangka hayat yang pendek serta bersaiz besar
    kerana sifat pendafluornya tidak tahan lama atau berlakunya pelunturanfoto. Melalui kajian ini, nanohablur kadmium
    sulfida dihasilkan dan berfungsi sebagai pengimejan titik kuantum yang sesuai dengan sifat optiknya yang pelbagai
    mengikut saiz zarahnya. Sifat optik titik kuantum kadmium sulfida (TK CdS) boleh dipengaruhi oleh saiz dan juga
    komposisi kimia TK seperti perubahan pH. Dalam kajian ini, sifat optik TK CdS dikaji terhadap perubahan nilai pH
    dengan menghasilkan TK CdS melalui kaedah koloidal. Kadmium asetat dihidrat (C4
    H6
    CdO4
    .2H2
    O) dan natrium sulfida
    (Na2
    S) digunakan sebagai sebagai bahan pemula bagi menghasilkan TK CdS. Nilai pH diubah suai dengan menitiskan
    natrium hidroksida (NaOH) ke dalam larutan TK CdS. Lima jenis larutan disediakan iaitu pada nilai pH5, pH7, pH8,
    pH9 dan pH10. Masalah penggumpalan sering berlaku semasa proses sintesis CdS. Oleh itu, kajian ini menggunakan
    asid tioglikolik (HSCH2
    CO2
    H) sebagai agen penstabil kepada TK CdS. Spektra keserapan UV memberi anjakan biru
    apabila TK CdS pada pH alkali kerana saiz nanohablur mengecil. Hasil daripada spektroskopi pendarfluor mendapati
    larutan yang mempunyai nilai pH8 memberi puncak yang tertinggi. Hal ini adalah kerana pada pH ini nanohablur
    mampu berubah pada posisi yang tepat dan membentuk TK CdS pada kehabluran yang tinggi. Oleh itu, mekanisme ini
    dapat membentuk perangkap lubang dan seterusnya eksiton terbentuk.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  3. Serirama Ebbi, Roslee Bin Talip, Dayang Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan regresi berganda. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Standard Guru Malaysia (SGM) dan Teacher Efficacy Scale (TES) bagi mengumpul data daripada 361 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik, daripada 54 buah sekolah rendah yang melibatkan tujuh daerah di zon Pedalaman, Sabah. Persampelan secara rawak digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru manakala persampelan bertujuan digunakan bagi menentukan bilangan sekolah yang mewakili setiap daerah seperti yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan pengajaran guru besar (Min = 4.52; SP = 0.313) pada tahap sangat tinggi, kompetensi profesionalisme guru (Min = 4.41; SP = 0.295) juga pada tahap sangat tinggi dan kompetensi peribadi guru (Min = 4.47; SP = 0.366) juga berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru (Min = 3.96; SP = 0.358) berada pada tahap tinggi. Data inferensi dianalisis menggunakan regresi berganda. Analisis regrasi menunjukkan pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar menyumbang 65 peratus, kompetensi profesionalisme guru menyumbang 65.9 peratus dan kompetensi peribadi guru menyumbang 66.5 peratus terhadap efikasi pengajaran guru dan merupakan peramal yang signifikan kepada tahap efikasi pengajaran guru.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  4. Rohani Binti Marasan, Dg.NorizahAg. Kiflee@Dzulkifl, Colonius Atang
    MyJurnal
    Kepimpinan pengetua diterokai berdasarkan atribut semula jadi yang memfokuskan ketegasan kepimpinan pengetua dalam lapan bidang amalan pengurusan di sekolah. Kerangka teoritikal adalah bersandarkan Teori The Great Man dan model pengetua berkesan diaplikasikan dalam menjalankan kajian secara kualitatif iaitu melalui kajian kes tunggal. Data kualitatif ini diperolehi dengan menemubual pengetua, barisan pentadbir, guru kanan mata pelajaran, dan guru-guru. Data kualitatif dianalisa secara manual. Dapatan menunjukkan atribut semula jadi pengetua berdasarkan aspek ketegasan adalah mencerminkan kewibawaan sikap pengetua dalam amalan pengurusannya di sekolah. Aspek ini diteliti berdasarkan tema demografi pengetua dan pandangan guru-guru. Temu bual mendalam ini menjelaskan amalan pengurusan kepimpinan pengetua dalam lapan bidang utama di sekolah didapati menyokong dapatan sebagaimana dalam teori dibangunkan serta model pengetua berkesan. Bagaimanapun, dalam menghadapi cabaran impak globalisasi, pengetua juga memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak sama ada warga sekolah mahupun pihak luar dalam mengurus sekolah dengan lebih berkesan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  5. Mohd Hanafi Jumrah, Haryati Abdul Karim
    MyJurnal
    Filem-filem alternatif bukan hanya sekadar cerita, tetapi terdapat mesej dan idea yang tersirat yang wujud sebagai wadah media menyampaikan sesuatu ideologi. Idea yang dilontarkan melalui filem alternatif lebih bersifat kritikal dalam memaparkan realiti hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada resepsi audiens remaja terhadap filem alternatif Malaysia yang mana tumpuan adalah kepada pendekatan neo-realisme yang wujud dalam penafsiran mesej di antara informan dengan teks filem alternatif Nasi Lemak 2.0 (NL 2.0). Kajian ini juga melihat adakah wujud pendekatan neorealisem dalam penafsiran mesej di antara informan dengan teks filem? Kajian ini menggunakan dua kaedah analisis iaitu analisis tekstual dan analisis tematik dalam mencari pendekatan neo-realisem yang wujud dalam filem NL 2.0 ini. Kajian ini terdiri daripada 56 orang pelajar iaitu 28 orang pelajar lelaki dan 28 pelajar perempuan dari pelbagai etnik. Neo-realisme adalah gambaran awal tentang sesuatu perkara sebenar (terutamanya aspek kehidupan) dan tidak bersifat khayalan (Bazin Andre diterjemah oleh Gray Hugh, 1972). Pendekatan neo-realisme yang dipaparkan oleh Namewee dalam filem ini sangat jelas melalui representasi kepelbagaian kebudayaan etnik di Malaysia. Pendekatan neo-realisme ini membawa kepada cerminan realiti kehidupan masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia pada masa kini yang mana informan mengaitkan naskah filem alternatif ini dengan kehidupan seharian. Selain itu juga, kajian ini melihat pendekatan neo-realisme membentuk sosiobudaya kepelbagaian etnik dalam naskah filem dan realiti sebenar informan. Penghasilan filem ini cuba memaparkan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik secara semulajadi dan jelaslah menunjukkan bahawa filem alternatif sebagai wadah penyampaian ideologi yang membentuk penyatuan dalam kalangan masyarakat Malaysia
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  6. Shanti A/P Gobalakrishnan, Abdul Said Ambotang
    MyJurnal
    Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Dalam era globalisasi yang mencabar, kebanyakan negara semakin memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana pendidikan telah memainkan peranan yang penting. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan kajian semula terhadap sistem pendidikan negara dalam konteks standard pendidikan antarabangsa. Hasil daripada kajian tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan (KPM,2013). Melalui PPPM 2013-2025 salah satu perancangan adalah kemahiran abad ke21 dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh tahap akauntabiliti guru, peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 sekolah rendah di Negeri Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat serta menganalisis pengaruh yang wujud antara tahap akauntabiliti guru, peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru dalam isu ini. Seterusnya kajian ini juga menganalisis efikasi kendiri guru sebagai pengantara dalam hubungan tahap akauntabiliti guru dan peranan pentadbir terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21. Implikasi daripada kajian ini juga diharapkan agar guru dan pihak pentadbir dapat menjalin kerjasama yang erat terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 di sekolah agar mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  7. Mohd Nasir Rayung, Mohd Husin Musa, Mansur Tanra
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan item instrumen Kemenjadian Pelajar (KP) tingkatan enam. Sebanyak 418 orang responden terdiri daripada pelajar tingkatan enam dari seluruh negeri Sabah telah dipilih sebagai sampel kajian. Terdapat enam pemboleh ubah KP yang diuji dalam kajian ini merangkumi pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Analisis data kajian dijalankan secara deskriptif (Cronbach alpha) dan analisis faktor pengesahan (CFA) menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural equation modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan nilai Alpha Cronbach berada pada klasifikasi tinggi dan sangat tinggi melebihi 0.70. Hasil analisis model pengukuran peringkat kedua kemenjadian pelajar adalah sepadan dan boleh diterima berdasarkan penyelesaian enam pemboleh ubah kajian. Kajian juga mencadangkan model pengukuran 19 item soalan untuk mengukur tahap kemenjadian pelajar.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  8. Emma Binti Tingkas, Syahruddin Awg Ahmad
    MyJurnal
    Kaum wanita sebagai figura dunia merupakan satu pengikitirafan dan penghormatan tertinggi bagi mereka. Beberapa ‘figura’ wanita dunia dijadikan sebagai unit analisis untuk mengkategorikan gaya komunikasi yang diaplikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan dan juga sebagai idola masyarakat dunia.Salah satu ciri untuk menjadi figura dan pemimpin yang berkesan adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang Siapa, Di mana dan Bagaimana gaya komunikasi tersebut diaplikasikan. Gaya komunikasi merupakan satu wadahyang digunakan bukan sahaja untuk memastikan kelancaran perjalanan pengurusan sesebuah organisasi namun juga penting dalam urusan hal ehwal tadbir melibatkan kerajaan sesebuah negara serta ketika berhadapan dengan khalayak. “The way you lead is thru the way you speak” merupakan falsafah budaya kepemimpinan yang menjadi asas kepada kertas kerja ini. Konsep kertas kerja ini adalah berpaksikan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss (2008) dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Kertas kerja ini juga akan memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh ‘figura’wanita dunia dalam melaksanakan praktis pengurusan dan pentadbiran kerajaan, organisasi yang diwakili mahupun sewaktu mereke perlu berhadapan dengan publik. Kertas kerja ini diharapkan mampu untuk menjadi perintis agar satu kajian yang lebih mendalam berkaitan karisma wanita samaada sebagai ketua kerajaan mahupun “public figure”daripada aspek komunikasi dapat dilakukan pada masa akan datang
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  9. IDA ROYANI AMRAN, RAHAYA MD. JAMIN
    MyJurnal
    Pencemaran air di Tasik Chini, Pahang kian meruncing akibat pembangunan sekitar yang tidak terkawal menyebabkan kemusnahan rantaian makanan sekaligus mengancam kelangsungan hidup komuniti asli. Justeru, kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor, impak dan keberkesanan strategi dengan menggunapakai Teori Pengambilalihan. Selain itu, kajian ini dipilih untuk memenuhi kelompangan kajian terdahulu yang lebih menekankan kepentingan pengekalan biodiversiti flora dan fauna berbanding kajian terhadap kehidupan komuniti setempat. Maka, kajian deskritif tinjauan telah digunakan melalui kaedah pemerhatian, temu bual mendalam bersama empat orang informan, dianalisis secara transkripsi, triangulasi dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan faktor pencemaran air berpunca daripada pembinaan empangan air, projek pembangunan, aktiviti pembalakan, aktiviti perlombongan dan hakisan tanih. Sementara, pertanian komersial juga menjejaskan kegunaan domestik, hidupan akuatik terganggu, perubahan sifat air, kehilangan sumber pendapatan, dan tahap kesihatan terjejas. Oleh itu, cadangan memperluaskan program advokasi seperti pengawalan pembuangan sampah sarap, pematuhan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), penglibatan pihak awam dan swasta, pemantauan kesihatan, kesedaran awam, dan melakukan penyelidikan lanjutan. Kajian mendapati dua buah syarikat China mengeksport bijih besi yang diperoleh sekitar Tasik Chini menggunakan permit AP (Eksport dan Import) dari negeri lain, bukannya Pahang. Meskipun syarikat tersebut tidak mempunyai lesen melombong tetapi mereka mempunyai segala kelengkapan alatan memproses dan menjalankan operasinya hingga kini. Diharapkan isu pencemaran air di Tasik Chini dapat dipulihkan demi menjamin kelestarian sejagat.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  10. Kevin, T.T.M., Nur Idanis, A.S., Anastasha, B., Mohd Faris, M.R., Faizah, O., Taty Anna, K.
    Medicine & Health, 2020;15(2):26-36.
    MyJurnal
    Curcumin adalah satu rempah tradisional yang mempunyai potensi untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit inflamatori, termasuk artritis. Kajian ini dijalankan untuk memerhatikan kesan-kesan curcumin ke atas perubahan histopatologi dan aras interleukin-1β (IL-1β) di dalam artritis aruhan kolagen (CIA). Tiga puluh ekor tikus jantan Sprague-Dawley (150+50 g) dibahagikan kepada lima kumpulan secara rawak. Satu kumpulan dijadikan kumpulan kawalan normal (CTRL), manakala selebihnya disuntik dengan 150 μg emulsi kolagen secara subkutan pada hari 0. Kumpulan CTRL dan CIA-Curcumin-d0 masing-masing diberi suplimentasi harian minyak zaitun oil (1 ml/kg) dan curcumin (110 mg/ml/ kg) bermula pada hari 0. Kumpulan CIA-OV (kawalan negatif), CIA-Beta dan CIA-Curcumin-d14 pula, masing-masing diberi suplimentasi harian minyak zaitun (1 ml/kg), Betamethasone (0.5 mg/ml/kg), dan curcumin (110 mg/ml/kg) bermula pada hari 14. Suplimentasi harian tersebut diberi kepada tikus-tikus sehingga hari ke 42. Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan CIA-Beta (**P=0.00) dan CIA-Curcumin-d0 (**P=0.01) masing-masing mempamerkan purata skor histologi yang lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan CIA-OV. Aras IL-1β di dalam serum untuk kumpulan CIA-Beta dan CIA-Curcumin-d0 tidak meningkat secara signifikan pada hari ke 42 berbanding hari 0. Purata peningkatan aras IL-1β dari hari 0 ke hari 42 juga adalah rendah secara signifikan (**P≤0.01) untuk semua kumpulan CIA berbanding kumpulan CIA-OV. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalan purata skor histologi dan aras IL-1β kumpulan of CIA-Curcumin-d0 berbanding kumpulan CIA-Beta. Kesimpulannya suplimentasi awal curcumin berpotensi untuk meminimakan perubahan yang disebabkan penyakit artritis aruhan kolagen pada tikus.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  11. Muhammad Iqbal, S., Bahman, J., Aslinda, C.M.
    Medicine & Health, 2020;15(1):18-33.
    MyJurnal
    Kejatuhan adalah isu kesihatan yang sering dikaitkan dengan warga emas di seluruh dunia. Kejatuhan boleh menyebabkan kesan negatif pada individu dan juga menyebabkan kematian dalam kes tertentu. Kajian semasa kejatuhan adalah amat terhad di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk merumuskan kajian semasa yang dijalankan di Malaysia yang mengenai prevalens dan ciri-cirinya. Artikel telah dikenalpasti melalui menggunakan pangkalan data elektronik berikut: EBSCOhost, ClinicalKey, ScienceDirect, Wiley Online Library, SpringerLink dan Google Scholar. Pemilihan artikel adalah terhad kepada artikel bahasa Inggeris yang diterbitkan antara tahun 2013 hingga 2019. Kajian ini menilai golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas; sama ada di kediaman, komuniti atau institut perubatan. Sembilan artikel yang berkaitan telah dikenalpasti dan disiasat. Hasil kajian menunjukkan variasi yang ketara dengan julat 4-74 % dalam prevalens kejatuhan di kalangan warga emas di Malaysia. Salah satu kajian yang dijalankan dalam komuniti menunjukkan prevalens kejatuhan yang lebih rendah. Majoriti peristiwa kejatuhan berlaku pada waktu pagi seperti yang dilaporkan oleh tiga kajian iaitu sebanyak 49%-64.7%. Kejatuhan dalam kawasan bangunan adalah jumlah tertinggi lokasi jatuh dengan 50-87% manakala di luar bangunan adalah 13-49.3%. Lokasi di bilik mandi / tandas mempunyai peratusan kejatuhan tertinggi dalam bangunan. Kejatuhan yang menyebabkan kecederaan adalah antara 47% -82%. Perubahan pada prevalens kejatuhan dalam warga emas ditentukan oleh faktor-faktor seperti lokasi dan keadaan kesihatan. Maklumat yang dikumpulkan dalam kajian ini menunjukkan terdapat kekurangan alat ukur piawai bagi mengkaji ciri-ciri kejatuhan di Malaysia. Kajian prospektif diperlukan untuk menubuhkan prevalens dan hubungan faktor-kesan kejatuhan di Malaysia.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  12. Hookham B, Shau-Hwai AT, Dayrat B, Hintz W
    Trop Life Sci Res, 2014 Aug;25(1):1-12.
    PMID: 25210584 MyJurnal
    THE DIVERSITIES OF MANGROVE TREES AND OF THEIR ASSOCIATED GASTROPODS WERE ASSESSED FOR TWO MANGROVE REGIONS ON THE WEST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA: Langkawi Island and Sungai Merbok. The mangrove area sampled on Langkawi Island was recently logged and replanted, whereas the area sampled in Sungai Merbok was part of a protected nature reserve. Mangrove and gastropod diversity were assessed in four 50 m(2) (10 × 5 m) sites per region. The species richness (S), Shannon Index (H') and Evenness Index (J') were calculated for each site, and the mean S, H' and J' values were calculated for each region. We report low tree and gastropod S, H' and J' values in all sites from both regions. For Langkawi Island, the mean S, H' and J' values for mangrove trees were S = 2.00±0, H' = 0.44±0.17 and J' = 0.44±0.17; the mean S, H' and J' values for gastropods were S = 4.00±1.63, H' = 0.96±0.41 and J' = 0.49±0.06. In Sungai Merbok, the mean S, H' and J' values for mangrove trees were S = 1.33±0.58, H' = 0.22±0.39 and J' = 0.22 ±0.39; the mean S, H' and J' values for gastropods were S = 4.75±2.22, H' = 1.23±0.63 and J' = 0.55±0.12. This study emphasises the need for baseline biodiversity measures to be established in mangrove ecosystems to track the impacts of anthropogenic disturbances and to inform management and restoration efforts.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  13. Harold Criso Ajin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Abdul Hamid Abd Aziz, Ahmad Zorin Sahalan, Norazah Ahmad
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan prevalens kandidiasis dalam kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji dalam kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. Penyaringan mikroskopik dijalankan ke atas lumuran Pap lazim sejumlah 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelupan Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel-sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan Candida sp. telah dapat dikesan sebanyak 12.7% daripada jumlah spesimen. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan juga pada kesemua golongan umur 20 hingga 59 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan pentingnya menjalankan ujian penyaringan lumuran Pap bagi mengesan jangkitan kandida di samping sebagai saringan awal pengesanan kanser serviks.


    Matched MeSH terms: Gastropoda
  14. Sino, Hukil, Zurina Mahadi, Hasnah Haron, Muhammad Aizat Misrin, Nurul’izzah Ismail, Mohd Hasamizi Mustapa
    MyJurnal
    Kajian kes ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kebersihan diri pengendali makanan dan kebersihan kafetaria di kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 75 responden telah terlibat. Data demografi menunjukkan terdapat responden yang tidak mendapat suntikan demam kepialu (32%) dan tidak mempuyai sijil kursus pengendali makanan (49.3%). Selain itu, lebih separuh bilangan responden adalah bukan warganegara (50.73%). Dapatan berkaitan amalan kebersihan diri menunjukkan 7 item mempunyai peratusan yang agak baik (70.3% – 87.5%) manakala 7 item yang lain mempunyai peratusan kurang baik (26.4% – 68%). Kajian juga menunjukkan terdapat 12 item berkaitan kebersihan kafetaria yang dipatuhi dan 9 item yang tidak dipatuhi daripada 21 item yang dinilai. Ujian statistik menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan (U = 472, p = 0.01) antara pengendali makanan yang warganegara dan bukan warganegara di mana warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang lebih baik berbanding bukan warganegara. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang positif dan signifikan di antara kebersihan diri dan kebersihan kafetaria (χ2 = 6.432, p = 0.011). Walau bagaimanapun, kekuatan hubungannya adalah sederhana (Φ = 0.29). Kesimpulannya, pengendali makanan yang warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang baik dan akan menjana suasana persekitaran kafetaria yang bersih.

    Matched MeSH terms: Gastropoda
  15. Haliza Abdul Mutalib, Saleha Abdul Majid, Mohamed Kamel bin Abdul Ghani, Anisah Nordin, Yusof Suboh, Norhayati Moktar
    MyJurnal
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca insidens tinggi infeksi Acanthamoeba di kalangan pemakai kanta sentuh di Kuala Lumpur. Satu ratus tujuh puluh empat sampel diambil dari 66 subjek pemakai kanta sentuh lembut jenis pakaibuang dan mereka juga disoal dengan menggunakan borang kaji selidik. Kesemua pemakai kanta sentuh menggunakan pelbagai jenis larutan disinfeksi atau larutan pelbagai guna untuk membersih dan mendisinfeksi kanta sentuh. Swab diambil dari kanta sentuh yang masih dipakai, bekas kanta sentuh dan juga larutan disinfeksi yang sedang digunakan. Daripada swab ini proses pengkulturan yang lengkap dilakukan untuk pemencilan Acanthamoeba spp. Pemencilan Acanthamoeba spp. daripada 14 sampel daripada 7 subjek telah berjaya dilakukan. Hasil pemencilan yang tinggi adalah daripada bekas kanta sentuh (13.5%) dan kanta sentuh subjek (10.6%). Walau bagaimanapun tiada sebarang pemencilan didapati daripada larutan disinfeksi. Punca infeksi Acanthamoeba adalah dari bekas simpanan kanta sentuh dan kanta sentuh yang dipakai. Kaji selidik menunjukkan peratusan tidak komplain yang tinggi di kalangan pemakai kanta sentuh kerana ramai menggunakan air paip untuk mencuci kanta sentuh dan bekasnya.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  16. Harold Criso Ajin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Nurul Farhana Jufri, Ahmad Zorin Sahalan, Wan Omar Abdullah
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan prevalens jangkitan Trichomonas vaginalis, di kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji di kalangan lima kumpulan etnik utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. Penyaringan dijalankan pada lumuran Pap lazim ke atas 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelup Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat kepada ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel epitelial sekiranya ianya mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan trikomoniasis mencatatkan jangkitan sebanyak 7.7% kes. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan lebih kerap ditemui pada golongan umur 20 hingga 29 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan menjalani ujian lumuran Pap sebagai ujian mengesan jangkitan Trikomonas vaginalis selain saringan awal pengesanan kanser serviks.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  17. Hartini Yusof, Mohamed Kamel Abd. Ghani
    MyJurnal
    Giardia intestinalis merupakan parasit kosmopolitan dan infeksinya tersebar luas di seluruh dunia terutamanya di negara membangun yang tahap sanitasinya rendah dan kekurangan bekalan air yang bersih. Seramai 71 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Lenjang, Pahang telah terlibat di dalam kajian ini. Sampel feses dikumpul dan diperiksa bagi mengesan infeksi G. intestinalis dengan menggunakan tiga teknik diagnosis iaitu teknik apusan langsung, konsentrasi formalin-eter dan perwarnaan trikrom. Prevalens infeksi Giardia intestinalis di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang adalah tinggi iaitu 43.7%. Dari segi jantina, prevalens infeksi hampir sama di kalangan kanak-kanak perempuan (45.0%) berbanding kanak-kanak lelaki (41.9%). Infeksi juga didapati lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak bersekolah (48.6%) berbanding kanakkanak pra-sekolah (38.2%).
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  18. Harold Criso Ajin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Abdul Hamid Abd Aziz, Ahmad Zorin Sahalan, Wan Omar Abdullah
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan prevalens jangkitan vaginosis bakteria di kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak, Malaysia melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji di kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan kaum Orang Ulu. Penyaringan mikroskopi dijalankan ke atas 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelup Papanicolaou. Berdasarkan kepada maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel–sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan jangkitan vaginosis bakteria mencatatkan sebanyak 79.7% (239/300 kes). Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan jangkitan lebih kerap ditemui pada golongan umur 20 tahun hingga 39 tahun. Majoriti kes (93.3%) menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan menjalani ujian lumuran Pap sebagai ujian mengesan jangkitan vaginosis bakteria selain saringan awal pengesanan kanser serviks.

    Matched MeSH terms: Gastropoda
  19. Hasnah Haron, Mamot Said
    MyJurnal
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan kandungan nutrien dan antinutrien dalam kernel biji Mangifera pajang Kostermans (bambangan). Analisis proksimat untuk kernel biji bambangan menunjukkan komposisi nutriennya terdiri daripada 38.68% karbohidrat total, 3.08% protein, 4.79% gentian kasar, 9.85% lemak total, 2.23% abu total dan 41.38% air. Kernel ini juga mengandungi 2.04 mg sianogen glikosida/100 g sampel dan 0.64% tanin. Minyak yang diekstrak dari kernel biji bambangan telah menunjukkan ciri fizikokimia yang hampir sama seperti lemak koko. Takat lebur minyak ini adalah pada 34.87°C, indeks refraktif pada 1.458 dan nilai iodinnya adalah 32.97 mg iodin/100 g sampel lemak.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  20. Siti-Balkhis, A.B., Yaman, I.C., Siti-Hasmah, I., Khalil, M.Z., Muhammad-Shukri, M.Y., Zulfigar, Y., et al.
    ASM Science Journal, 2014;8(2):159-164.
    MyJurnal
    A survey on the diversity of marine macrogastropoda
    in Pulau Songsong, Pulau Bidan and Pulau Telor on the
    Northern Straits of Malacca was conducted. Specimens
    were collected on rocky shores following NaGISA protocol
    and the number of marine macrogastropod were recorded.
    Distances and the number of the same species were
    converted into Relative Abundance unit (individuals per
    100 m2
    ). A total of 15 species of marine macrogastropoda
    were found from seven families namely Neritidae,
    Trochidae, Ceriitidae, Littorinidae, Turbinidae, Muricidae
    and Potamididae. Seven macrogastropoda species were
    newly recorded from these three islands. Morula marginatra
    was the most dominant species and Pulau Songsong had
    the highest genera and species diversity among the three
    islands. (Copied from article).
    Matched MeSH terms: Gastropoda
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links