Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Norain Binti Mod Asri, Ahmad Mustaqim bin Zahran
    MyJurnal
    Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi menerusi pengenalan dan aplikasi sistem kedudukan global (GPS - Global Positioning System) dan papan tanda elektronik telah melancarkan mobiliti pengguna di jalan raya terutama di kawasan bandar. Justeru, kajian ini akan mengupas persepsi pengguna terhadap penggunaan alat pandu arah atau kombinasi alat pantu arah yang kerap digunakan oleh pengguna belia. Menerusi soal selidik yang diedarkan di sekitar Lembah Klang, terdapat tiga dapatan utama. Pertama, papan tanda masih menjadi pandu arah ke destinasi serta menjadi amaran atau isyarat situasi sebenar di jalan raya. Kedua, pengguna selesa menggunakan aplikasi GPS menerusi telefon pintar berbanding dengan GPS terbina pada kenderaan, terutama di kawasan bandar. Ketiga, responden lebih menggunakan kombinasi papan tanda dan aplikasi GPS pada telefon pintar apabila membuat perjalanan di jalan raya berbanding dengan kombinasi papan tanda, aplikasi GPS pada telefon pintar dan GPS terbina pada kenderaan. Keputusan ini dilihat dapat membantu penawaran bagi ketiga-tiga alat pandu arah tersebut untuk menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan lagi keunikan alat pandu arah tersebut agar kekal releven dalam pasaran pada masa hadapan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links