Displaying all 4 publications

Abstract:
Sort:
  1. Koh SM, Koh PK, Sim KT, Lee YH, Salmijah Surif
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Kerang popular sebagai sumber protein dan mempunyai kepentingan ekonomi yang tinggi di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan komposisi protein, lemak dan abu serta mengenal pasti kandungan logam berat dalam tisu kerang yang diambil dari tapak-tapak ternakan di Kuala Juru (Pulau Pinang), Kuala Sepetang (Perak) dan Kuala Selangor (Selangor) untuk meneliti aras keselamatan logam berat dan kandungan zat nutrien dalam isi kerang. Kandungan protein, lemak dan abu dalam tisu kerang masing-masing adalah pada julat 70.0-75.6, 8.9-10.6 dan 9.8-17.5% berat kering. Untuk jumlah tenaga ialah 371.0, 384.2 dan 377.9 kcal/100 g berat kering kerang masing-masing untuk sampel dari Kuala Juru, Kuala Sepetang dan Kuala Selangor. Aras logam perlu dalam tisu kerang ialah Cu = 2.4-16.3, Fe = 421.0-1350.0, Mn = 10.0-38.1 dan Zn = 72.2-201.7 μg/g berat kering manakala kepekatan logam toksik adalah Cd = 1.3-12.2, Cr = 4.3-9.8, Ni = 8.3-20.8 dan Pb = 4.1-20.8 μg/g berat kering. Sebagai kesimpulan, didapati bahawa pengambilan harian sebanyak 1.50 g Pb (berat kering) kerang dari Kuala Sepetang dan juga melebihi 5.78 g Cd (berat kering) untuk kerang dari Kuala Selangor boleh meningkatkan risiko kesihatan.
  2. Muhammad Barzani Gasim, Salmijah Surif, Sahibin Abd. Rahim, Chong HB, Mohd. Ekhwan Toriman, Mazlin Mokhtar
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca berlakunya banjir di Segamat pada 17 hingga 21 Disember 2006. Kegiatan termasuklah mengumpul, menilai dan mengalisis data taburan hujan dari Januari 1998 hingga Disember 2006 serta menganalisis data telemetri harian bagi aras dan luahan air sungai pada Disember 2006. Satu set data hujan harian, bulanan dan tahunan dari Stesen Felda Medoi, Segamat telah dianalisis dan dihubungkait dengan data telemetri. Data taburan hujan selama 8 tahun tersebut menunjukkan kawasan Bandar Segamat menerima hujan bulanan yang berjulat daripada 2.5 mm (Februari 2004) sehingga 536.8 mm (Januari 2003). Taburan hujan bulanan Oktober sehingga Disember 2006 menunjukkan kenaikan secara positif, iaitu daripada 118 mm sehingga 435 mm/bulan tetapi berlaku penurunan (392 mm) pada Januari 2007. Hasil kajian menunjukkan bahawa hujan lebat yang luar biasa dan keadaan bentuk topografi yang rendah dan beralun di kawasan kajian adalah penyebab utama banjir di Segamat.
  3. Wong KK, Noor-Arniwati Mat-Daud, Roohaida Othman, Zubir Din, Wan KL, Salmijah Surif
    The cockle, Anadara granosa, was experimentally exposed to low (0.1 mg/L) and sublethal (1.0 mg/L) doses of copper (Cu) for a period of 24 hrs. Significant increase in Cu concentrations in whole tissues and hepatopancreas compared to control animals were observed. In order to study the effect of copper exposure at molecular levels, a subtractive cDNA library was constructed from the hepatopancreas of cockles exposed to 1.0 mg/L Cu. Screening of the subtractive cDNA library using reverse northern analysis resulted in several differentially expressed genes, including one that codes for metallothionein (MT). The complete coding sequence of the MT gene (designated as AnaMT2) reveals an open reading frame of 234 bp in length that encodes a 77 amino acid polypeptide as revealed by the deduced amino acid composition. Although showing similarities with other molluscan MTs, AnaMT2 can be distinguished by its lower glycine and higher asparagine and proline content. Expression analysis of the AnaMT2 by northern analysis indicated higher mRNA level in cockle exposed to 1.0 mg/L Cu and was undetectable in those treated with 0.1 mg/L. This suggests that AnaMT2 represents a primarily inducible MT not highly expressed under basal conditions.
  4. Sim K, Mazlan Abd. Ghaffar, Salmijah Surif, Lee Y, Mohd. Pauzi Zakaria
    Sains Malaysiana, 2010;39:219-226.
    Kandungan hidrokarbon polisiklik aromatik (PAH) dalam tiga spesies ikan yang berbeza tabiat pemakanan dan habitat, iaitu Lolong (Selar boops), Kerisi (Nemipterus peronii) dan Mengkarong (Trachinocephalus myops) dari luar pantai Pulau Perhentian, Malaysia ditentukan. Tiga individu daripada setiap spesies dipilih secara rawak dan kandungan 10 sebatian PAH diukur, iaitu fenantrena, antrasena, fluorantena, pirena, benzo(a)anthracene benzo(a)antrasena, krisena, benzo(a)fluorantena, benzo(k)fluorantena, benzo(e)pirena dan dibenzo(a,h)antrasena dalam otot ikan ditentukan. Pengekstrakan PAH menggunakan kaedah Soxhlet dan kandungannya diukur dengan kromatografi gas - spektrometri jisim (GC-MS). Jumlah PAH dalam tisu ikan yang dikaji adalah pada julat 17.89 – 42.18 ng/g berat basah dan 393.98 – 511.07 ng/g mengikut berat lipid. Kandungan PAH dalam tisu jenis ikan menurut berat basah adalah Mengkarong (42.18 ng/g)> Lolong (25.61 ng/g)> Kerisi (17.89 ng/g), sementara menurut berat lipid ialah Kerisi (511.07 ng/g)> Mengkarong (409.50 ng/g)> Lolong (393.98 ng/g). Otot Kerisi mengandungi kandungan lipid paling sedikit, iaitu 3.5 % berbanding dengan Lolong (6.5 %) dan Mengkarong (10.3 %). Tidak ada penumpukan PAH yang jelas dalam lipid tisu ikan (kolerasi Pearson, p>0.05) dan ketiga-tiga spesies ikan tidak menunjukkan kandungan PAH yang berbeza (ANOVA, p>0.05). Berdasarkan kadar pengambilan ikan pada 142.2 g/hari, pengiraan kepekatan potensi setara (PEC), iaitu nilai potensi karsinogenisiti sebatian PAH, ketiga-tiga spesies ikan adalah pada julat 0.41 – 0.63 ng/g berat basah. Nilai ini lebih rendah daripada nilai garis panduan yang ditetapkan oleh USEPA, iaitu 0.67 ng/g berat basah.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links