Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Nurul Atikah Ahmad, Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Sahidan Senafi, Rohaya Megat Abdul Wahab, Muhamad Abdul Razak
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Sel osteoblas merupakan sel mononukleus yang bertanggungjawab untuk pembentukan tulang. Sel mononukleus telah terbukti mampu membeza kepada sel osteoblas setelah diaruh oleh kombinasi asid askorbik dan ß-gliserofosfat sebagai faktor pembezaan. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat kesan aruhan ß-gliserofosfat terhadap ampaian sel mononukleus daripada darah periferi manusia secara in vitro. Sel mononukleus dipencilkan daripada darah periferi manusia dengan menggunakan larutan Ficoll-Paque™ Plus melalui kaedah pengemparan kecerunan ketumpatan. Sel mononukleus kemudian dikultur selama 7 hari di dalam medium proliferasi sebelum diaruh dengan ß-gliserofosfat pada kepekatan 1 mM, 5 mM, 10 mM, 20 mM, dan 100 mM. Pada hari 0, 1, 3, 7, dan 14, penentuan profil aktiviti enzim alkalin fosfatase (ALP) dan analisis morfologi bagi sel osteoblas dilakukan dalam medium masing-masing. Aktiviti enzim ALP dan analisis morfologi menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) antara sel yang diaruh dengan sel kawalan negatif melalui statistik ujian-t berpasangan. Kesimpulannya, kehadiran ß-gliserofosfat sahaja mampu untuk mengaruh pembezaan sel mononukleus kepada sel osteoblas. Kesan ß-gliserofosfat terhadap pembezaan sel mononukleus kepada sel osteoblas menunjukkan profil enzimologi (aktiviti enzim ALP) dan morfologi yang hampir sama dengan kawalan positif (asid askorbik dan ß-gliserofosfat). Berdasarkan kepada analisis enzimologi dan morfologi 1 mM ß-gliserofosfat adalah kepekatan yang paling sesuai untuk pembezaan sel osteoblas secara in vitro.
  2. SHAHRUL HISHAM ZAINAL ARIFFIN, ROSLINA SHAMSUDIN, NURUL ATIKAH AHMAD, ZULKIFLIE ZAMROD
    Sains Malaysiana, 2012;41:423-430.
    Sistem minigenom telah digunakan untuk mengkaji replikasi dan transkripsi virus RNA tidak bersegmen. Objektif kajian ini adalah untuk membina sistem minigenom bagi virus NDV strain tempatan, AF2240 serta bagi mengkaji mekanisme transkripsi dan replikasi virus ini. Bagi tujuan ini lima plasmid digunakan iaitu pMGNDV, pCITENP, pCITEP, pTriEX-T7, dan pGEML. Kesemua plasmid diekstrak secara berskala besar dan dimendakkan menggunakan polietilina glikol. Hasil ekstrak ini digunakan untuk transfeksi ke dalam sel. Translasi in vitro dilakukan dengan menggunakan pCITENP, pCITEP, dan pTriEX-T7 untuk memastikan kesemua konstruk ini berfungsi. Hasil pemblotan western menunjukkan protein bersaiz ~100 kDa (T7), ~53 kDa (NP), ~53 dan 55 kDa (P) berjaya diekspreskan. Protein CAT diperoleh apabila plasmid yang mengekodkan minigenom NDV ditransfeksi bersama plasmid yang mengekodkan protein nukleokapsid (NP), fosfoprotein (P) dan subunit besar polimerase (L) ke dalam sel BHK-21. Dianggarkan 55 pg protein CAT berjaya diperoleh menggunakan kit CAT ELISA. Hasil pemblotan western turut menunjukkan protein CAT bersaiz 25 kDa dihasilkan. Kesimpulannnya, system minigenom ini berupaya untuk berfungsi dan mampu mengekspreskan gen asing di dalam sel mamalia BHK-21.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links