Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Hamizah Mohamad, Norsyafina Roslan
    Sains Malaysiana, 2017;46:2331-2338.
    Di Selangor, sumber air bawah tanah dijadikan sumber bekalan air alternatif bukan sahaja oleh pelbagai jenis industri malah untuk kegiatan kuari. Kebanyakan telaga abstraksi ini adalah di dalam akuifer batuan teretak sama ada di dalam batuan metasedimen ataupun batuan granit. Memandangkan terdapat pertambahan penggunaan air bawah tanah dari semasa ke semasa, adalah penting untuk mengetahui cirian akuifer batuan teretak terutamanya dalam batuan granit ini. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mencirikan sifat akuifer dalam batuan granit di Selangor. Kaedah kajian melibatkan cerapan lapangan di kuari IJM Sungai Buloh dan analisis data lubang gerudi, ujian pengepaman dan analisis kimia air bagi semua telaga dalam batuan granit di Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian terdiri daripada akuifer retak terkekang hingga separa terkekang. Log telaga merekodkan kehadiran lapisan tanah baki yang terdiri daripada lempung berpasir hingga lempung keras dengan ketebalan sehingga 50 m. Lapisan bawah pula dilapisi oleh batuan granit teretak yang bertindak sebagai lapisan pengandung air. Kekar ditemui pada kedalaman 18 hingga 145 m. Analisis lineamen menunjukkan korelasi positif dengan analisis ketakselanjaran di lapangan; berarah timur laut - barat daya dan barat laut - tenggara, selaras dengan zon sesar Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi. Nilai keterusan berjulat 2.6 hingga 36.1 m2/hari manakala julat kekonduksian hidraulik adalah 0.06 hingga 4.6 m/hari. Kadar luahan telaga adalah <10 m3/jam. Jumlah pepejal terlarutnya adalah rendah (<372 mg/L). Kehadiran retakan di dalam batuan granit akuifer ini telah membantu meningkatkan keupayaannya sebagai akuifer. Analisis kimia menunjukkan ada telaga yang berpotensi mengalami pencemaran.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links