Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Norbahiah Misran, Farizah Ansarudin, Mohammad Tariqul Islam
    Teknik reka bentuk untuk meningkatkan gandaan bagi menambah baik prestasi antena tompok mikrojalur konvensional dibincangkan. Kaedah suapan prob tersongsang jalur lebar bagi antena tompok mikrojalur berbilang lubang alur bertindan dicadangkan. Reka bentuk tersebut menggabungkan beberapa teknik kontemporari iaitu kaedah suapan prob, struktur tompok tersongsang dan tompok berbilang lubang alur bertindan. Kesan komposit daripada penyatuan pelbagai teknik ini dan dengan memperkenalkan bentuk elemen tompok yang baru, memberikan profil yang rendah, jalur lebar yang lebih luas, gandaan tinggi dan elemen antena yang padat. Keputusan menunjukkan peningkatan gandaan di mana gandaan maksimum adalah 11.42 dBi. Reka bentuk ini sesuai untuk aplikasi tata susunan terutama untuk stesen tapak.
  2. Norbahiah Misran, Mohammad Tariqul Islam, Mohammad Rashed Iqbal Faruque, Nurul Hafizah Mohd Hanafi, Farizah Ansarudin, Mohd Faisal Ibrahim
    Sains Malaysiana, 2012;41:779-785.
    Kertas ini membincangkan kaedah untuk mengurangkan kesan interaksi gelombang elektromagnet dengan kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Pengukuran pengurangan bagi Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) menggunakan bahan ferit dan metabahan telah dilaksana dengan kaedah domain-masa perbezaan-terhingga (FDTD) model Lossy-Drude melalui perisian CST Microwave Studio. Metabahan dibentuk dengan menyusun penyalun cincin terpisah (SRRs) secara berkala. Nilai SAR diukur pada beberapa nilai jarak antara model kepala dengan telefon, kelebaran, ketebalan dan ketinggian bahan ferit dan metabahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai SAR1g telah berkurang kepada 1.043 W/kg dengan menggunakan bahan ferit dan 1.161 W/kg dengan menggunakan metabahan. Bagi SAR10g, nilai SAR menurun kepada 0.676 W/kg menggunakan bahan ferit dan 0.737 W/kg dengan menggunakan metabahan. Keputusan bagi nilai SAR dalam kepala manusia dengan kehadiran SRR yang membentuk metabahan telah dianalisis untuk menentusahkan kesan bagi pengurangan SAR ini. Keputusan analisis ini boleh memberikan maklumat yang dapat membantu dalam reka bentuk peralatan komunikasi tanpa wayar bagi mematuhi peraturan keselamatan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links