Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Muhsonat Mohamad Zain, Norliza Mohamad Fadzil, Zainora Mohamme
    Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 2017;15(22):191-197.
    MyJurnal
    Rehabilitasi penglihatan bagi murid penglihatan terhad adalah penting untuk membantu mereka menggunakan penglihatan
    secara optimum ketika melakukan aktiviti hidup seharian (ADL) dan seterusnya menjadikan mereka lebih berdikari di
    masa hadapan. UKM-CHILD adalah indeks ADL untuk mengukur keupayaan murid penglihatan terhad dalam melakukan
    ADL. UKM-CHILD mengandungi 25-item soal selidik kendiri dan 7-item pengukur prestasi. Objektif kajian ini adalah untuk
    mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan murid penglihatan terhad menggunakan UKM-CHILD. Seramai 40 murid
    penglihatan terhad berumur 15.33 ± 1.56 tahun diberikan rehabilitasi penglihatan yang melibatkan preskripsi kaca mata,
    alat bantu penglihatan terhad dan latihan penggunaan alat bantu penglihatan terhad. Sesi latihan dilakukan selama 5
    minggu dan ianya merangkumi kaedah penggunaan alat bantu penglihatan terhad dan latihan membaca. Pengukuran
    parameter kajian iaitu akuiti visual, kelajuan membaca dan keupayaan melakukan ADL (UKM-CHILD) dilakukan pada
    peringkat pra dan pasca rehabilitasi. Keputusan kajian ini mendapati purata akuiti visual jauh meningkat sebanyak
    empat baris (VAjauh(pra): 0.85 ± 0.05 logMAR; VAjauh(pasca): 0.40 ± 0.06 logMAR; z = -2.27, p = 0.026) dan purata akuiti
    visual dekat meningkat sebanyak dua baris (VAdekat(pra): 0.64 ± 0.22 logMAR; VAdekat(pasca): 0.40 ± 0.12 logMAR; z = -5.21, p
    < 0.05) selepas rehabilitasi. Purata kelajuan membaca meningkat sebanyak 48% (kelajuan membacapra: 49.58 ± 25.51
    ppm; kelajuan membacapasca: 73.22 ± 26.19 ppm; t(39) = 16.67, p < 0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat
    peningkatan signifikan dalam skor soal selidik kendiri (soal selidik kendiripra: 1.72 ± 0.83 logit; soal selidik kendiripasca:
    2.12 ± 1.25 logit; z = -5.129, p < 0.05) dan skor pengukur prestasi (pengukur prestasipra: 0.82 ± 0.30 logit; pengukur
    prestasipasca: 2.87 ± 1.52 logit; z = -5.55, p < 0.05) selepas 5 minggu rehabilitasi. Kajian ini mendapati UKM-CHILD boleh
    digunakan untuk mengukur keberkesanan rehabilitasi penglihatan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links