Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Bukryman Sabri, Mohd Lutfi Othman
    MyJurnal
    Setiap individu pasti akan memainkan peranannya sebagai seorang pengguna. Dalam peranannya sebagai seorang pengguna, mereka sentiasa memfokuskan kepada pemilihan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang memberikan kepuasan yang maksimum kepada diri mereka. Selain itu, hal ini juga berhubung kait dengan persekitaran, iaitu selain pemilihan barangan atau perkhidmatan, mereka juga menekankan kepada keadaan persekitaran yang mendorong kepada kebersihan, reka bentuk dan harga dalam pemilihan sesuatu tempat. Oleh itu, kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna dalam pemilihan restoran makanan India Muslim di sekitar Sri Serdang, Serdang Raya dan Sri Kembangan. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 90 responden restoran makanan India Muslim telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Data telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapat maklumat deskriptif. Ujian ANOVA dan ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pelanggan yang mengunjungi restoran makanan India Muslim ialah golongan lelaki berbanding dengan golongan wanita. Selain itu, kriteria pemilihan restoran makanan India Muslim juga diambil kira dalam kajian ini dan faktor-faktor yang difokuskan ialah kualiti makanan, layanan yang diberikan, harga yang ditawarkan dan kebersihan di restoran. Persepsi pengguna terhadap kebersihan restoran adalah pada tahap yang memuaskan. Selain itu, hasil kajian juga menekankan faktor dalaman restoran yang mempengaruhi pengguna. Hal ini menjadi satu faktor yang penting untuk menarik pelanggan. Faktor dalaman restoran pula mempunyai persekitaran yang baik, seperti susun atur meja dan kerusi yang kemas dan teratur serta warna kedai yang menarik. Berdasarkan hasil kajian ini, dicadangkan agar pihak pengurusan restoran makanan India Muslim mengambil kira segala perkara yang berkaitan dengan persekitaran restoran makanan India Muslim supaya dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan pelanggan. Selain itu, pemilik restoran juga dapat meningkatkan keselesaan pengguna dengan menyediakan suasana persekitaran kedai makanan yang lebih selesa, ceria, bersih dan teratur supaya pelanggan dapat menjamu selera.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links