Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Jong Jee Leong
    MyJurnal
    Inventori Kecekapan Emosiatau Emotional Competence Inventory(ECI)digunakan mengukur kecekapan emosiindividu dan organisasi. Instrumen ini telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu melalui teknik terjemahan kembali. Kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian ini hanya diuji dalam satu populasi tempatan sahaja dan psikometrik instrumen ini belum dinilai dengan menggunakan pendekatan Permodelan Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM). Tambahan pula, penilaian kebolehpercayaan instrumen ini dengan menggunakan kaedah alpha Cronbachselalunya menghasilkan nilai ketekalan dalaman yang rendah manakala kebolehpercayaan komposit (CR-Composite Reliability) sering kali menunjukkan nilai ketekalan dalaman yang tinggi. Nilai sebenar ketekalan dalaman bagi satu-satu petunjuk perlu dikenalpasti dengan mendapatkan nilai pekali Cronbachdan nilai CR. Selain itu,pemuatan luaran bagi kompetensi dan dimensi juga akan ditentukan dalam kajian ini. Kesahan konvergen dan kesahan diskriminan digunakan untuk mengetahui kesahan kompetensi dan dimensi ECI. Kesahan konvergen ditentukan melalui nilai Average Variance Extracted(AVE) dan kesahan diskriminan dikenalpasti melalui analisis Kriteria Fornell-Larckerdan analisis Cross-Loadings. Seramai 130 orang responden yang dipilih secara rawak melalui pensampelan berkelompok terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2.8. Hasil kajian telah berjaya menentukan nilai sebenar ketekalan dalaman setiap kompetensi dan dimensi instrumen ini. Kompetensidan dimensidalam instrumen ECI ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai CR dan pemuatan luaran melebihi 0.70. Alat kajian ini juga menunjukkan tahap kesahan konvergen yang baik apabila nilai AVE kompetensi dan dimensi ECI melebihi 0.50. Analisis Kriteria Fornell-Larcker mendapati kuasa dua AVE bagi setiap kompetensi dan dimensi ECI adalah lebih tinggi daripada korelasi kompetensi dan dimensi lain yang dinilai. Setiap kompetensi bermuat baik dalam dimensinya sendiri daripada dimensi yang lain setelah analisis Cross-Loadings dijalankan
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links