Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Norlaila Mat Daud, Rokiah Omar, Yanti Rosli, Jamaliah Rahmat
    Sains Malaysiana, 2014;43:1725-1728.
    Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan nilai data piawai mfERG bagi Makmal Elektrofisiologi, Program Optometri & Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengukuran mfERG yang dilakukan adalah min ketumpatan amplitud (nV/deg²) kedua mata dan perbandingan min antara mata kanan (OD) dan kiri (OS); respon ketumpatan amplitud setiap bulatan yang dikaji dan respon keseluruhan ketumpatan amplitud kawasan retina yang dikaji. Kajian ini melibatkan seramai 16 orang kanak-kanak normal berumur antara 6 hingga 12 tahun. Ujian t-berpasangan mendapati tiada perbezaan signifikan min ketumpatan amplitud antara kedua mata (OD=24.27±8.16 nV/deg², OS=24.12±8.57 nV/deg², p=0.937). Nilai min ketumpatan amplitud setiap bulatan untuk OD adalah bulatan 1=56.41±24.85 nV/deg², bulatan 2=28.36±9.31 nV/deg², bulatan 3=17.50±5.33 nV/deg², bulatan 4=10.51±3.17 nV/deg² dan bulatan 5=8.57±2.74 nV/deg². Nilai min ketumpatan amplitud setiap bulatan untuk OS adalah bulatan 1=54.67±25.10 nV/deg², bulatan 2=28.89±10.52 nV/deg², bulatan 3=18.23±5.98 nV/deg², bulatan 4=10.40±3.37 nV/deg² dan bulatan 5=8.30±2.73 nV/deg². Manakala min ketumpatan amplitud keseluruhan kawasan retina ialah OD=24.27±8.16 nV/deg² dan OS=24.12±8.57 nV/deg². Kesimpulannya nilai piawai makmal mfERG telah berjaya dihasilkan untuk usia 6 hingga 12 tahun di Makmal Elektroretinogram Multifokal, Program Optometri dan Sains Penglihatan, UKM. Diharapkan ia akan diguna pakai sebagai panduan dan perbandingan penyelidikan akan datang.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links