Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Akmaliza Ali, Ellin Fariza Selamat
    MyJurnal
    Kajian terdahulu mendapati Respons Auditori Keadaan Mantap (ASSR) mempunyai variasi yang besar dalam meramal ambang pendengaran, manakala kebolehulangan ASSR masih kurang dilaporkan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehulangan ASSR dalam menilai ambang pendengaran golongan dewasa lanjut umur yang bermasalah pendengaran sensorineural. Seramai 15 orang subjek berumur antara 55 hingga 75 tahun terlibat dalam kajian ini. Ambang pendengaran ditentukan menggunakan audiometri nada tulen (PTA) dan ASSR pada frekuensi 0.5, 1, 2 dan 4 kHz, di mana ASSR diulang pada 0.5 dan 1 kHz. Secara keseluruhannya, nilai ambang ASSR adalah lebih tinggi daripada PTA. ANOVA satu hala menunjukkan perbezaan antara ambang PTA dan ASSR adalah tidak signifikan pada semua frekuensi. Terdapat korelasi yang signifikan antara ambang PTA dan ambang ASSR pada 0.5 kHz (r = 0.77, p < 0.05), 1 kHz (r = 0.45, p < 0.05), 2 kHz (r = 0.58, p < 0.05) dan 4 kHz (r = 0.73, p < 0.05). Ujian t berpasangan menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara ujian ASSR pertama dan ASSR ulangan pada frekuensi 0.5 kHz (t = 2.09, p > 0.05) dan 1 kHz (t = 0.436, p > 0.05). Korelasi Pearson menunjukkan korelasi yang sederhana di antara dua pengukuran ASSR pada 0.5 kHz (r = 0.68, p < 0.001) dan 1 kHz (r = 0.60, p < 0.001). Hasil kajian ini mendapati bahawa ambang pendengaran ASSR tidak berubah secara signifikan jika diulang uji dan ujian ASSR boleh disarankan sebagai alternatif kepada PTA dalam menentukan ambang pendengaran golongan dewasa lanjut usia bermasalah pendengaran sensorineural.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator ([email protected])

External Links