Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
Buletin Sains Kesihatan, 2021;5(1):43-46.
MyJurnal

Abstract

Elektron mikroskop digunakan untuk melihat tindakbalas bahan ekstrak air kantan atau Etilingera elatior akan mekanisma tindakbalasnya. Di dalam kajian ini kesan tindakbalas antibakteria bunga kantan telah di kaji. Pengimejan dari elektron mikroskop imbasan telah memberikan imej kerosakan pada permukaan bakteria yang disebabkan oleh ekstrak air kantan. Ekstrak kantan pada kepekatan 1.5mg/ml, merencat pertumbuhan bakteria S. aureus dan B.subtilis . Apa yang penting adalah kesan mekanisma tindakbalas ekstrak kantan yang menghasilkan kerosakan seperti lekukan pada bakteria Gram positif. Ini menunjukkan ekstrak air kantan sangat berkesan terhadap lapisan peptidoglikan pada permukaan Gram positif sehingga kerosakan ini menyebabkan kesan bakterisidal.