Affiliations 

  • 1 Jabatan Pendidikan Sabah
  • 2 Universiti Malaysia Sabah
MyJurnal

Abstract

Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat hubungan diantara peranan jurulatih dengan
interaksi sosial dalam pendidikan luar. Seramai 113 responden telah terlibat di dalam kajian ini yang
merupakan peserta yang hadir ke Pusat Kokurikulum Sabah. Kajian kuantitatif ini menggunakan
instrumen soal selidik yang telah disesuaikan dengan iklim pendidikan luar Pusat Kokurikulum Sabah.
Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi peranan jurulatih (4.40) dan interaksi sosial (4.23)
mempunyai interpretasi pada tahap yang tinggi memandangkan ia berada dalam lingkungan nilai 4.01
hingga 5.00. Manakala hasil korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan
(r=0.524, k < 0.05). Justeru, dapatan kajian ini telah membawa kepada dua perkara iaitu bahagian teori
yang menyokong keselarian teori mengenai peranan jurulatih dalam mencorakkan interaksi sosial,
memahami dan membantu peserta meneruskan misi atau hala tuju dalam menyelesaikan sesebuah
perkara. Manakala bahagian praktikalnya menjelaskan bahawa kemampuan campur tangan jurulatih
dalam sesebuah program pendidikan luar akan membawa corak interaksi sosial yang bersifat lebih baik
berbanding tanpa bantuan jurulatih.