Abstract

Aktiviti pengoksidaan ekstrak etanol dan air daripada kacangma (Leonurus sibiricus) telah dikaji menggunakan tiga sistem ujian. Berdasarkan turutan aktiviti antipengoksida, ekstrak etanol kacangma kering didapati tinggi dalam sistem pengoksidaan asid linoleik (LP) 71.6%, sederhana dalam sistem penindasan superoksida xantin oksidase (XOD) 69.7% dan rendah dalam sistem penindasan radikal bebas 1,2-difenil-2-pikrilhidrazil (DPPH) 48.8%. Sebaliknya, ekstrak air kacangma kering didapati tinggi dalam ketiga-tiga sistem iaitu masing-masing 72.7, 76.3 dan 78.2%. Pengekstrakan air didapati lebih berkesan dalam mengeluarkan bahan antipengoksida daripada kacangma kering berbanding pengekstrakan alkohol.